Ben Arfa Bakal Ditamatkan Kontrak Kerana Tuduh Taktikal Pengurusnya Sebagai Bacul

Hatem Ben Arfa bakal dipecat ataupun ditamatkan kontrak oleh Lille berikutan pergaduhan bilik persalinan dengan pengurus Jocelyn Gourvennec.

Perkara itu bukanlah terlalu mengejutkan kita semua. Kerana Ben Arfa pernah beberapa kali bergaduh dengan pengurus di dalam kariernya.

Namun kali ini pengurusnya di Lille menegaskan bahawa insiden Ben Arfa adalah serius.

Bekas pemain sayap Newcastle dan Hull City Ben Arfa telah disingkirkan daripada skuad senior Lille awal minggu ini selepas bergaduh dengan Gourvennec. Insiden itu berlaku selepas Lille mencatatkan keputusan seri 0-0 dengan Bordeaux Sabtu lalu.

Ben Arfa jelas sekali tidak gembira dengan taktikal pengurusnya dan menganggap ianya taktikal bacul. Di mana para pemain diarahkan bertahan sampai ke bawah sekali.

Dia mahukan taktikal yang lebih ofensif untuk sebuah pasukan yang beraksi di pentas eropah seperti Lille. Lebih mengejutkan Ben Arfa mengkritik pengurusnya itu di hadapan semua pemain membuatkan keadaan sangat tegang. Dia memperlekehkan Gourvennec sebagai pengurus yang tak bagus dan taktikal kolot.

Ben Arfa didakwa memberitahu Gourvennec: “Kami bermain terlalu ke bawah [defensif] di sini. Kami tidak bermain seperti pasukan yang mencabar untuk Eropah. Ini bukan Guingamp!”

Ben Arfa memperlekehkan Guingamp. Ini kerana Gourvennec, 50, sebelum ini pernah menguruskan Guingamp sebanyak dua kali.

Outlet berita Perancis RMC Sport mendakwa Ben Arfa telah dipanggil sesi ‘temuduga’ untuk pemecatannya di Lille.

Pemain berusia 35 tahun itu, yang hanya menyertai kelab Perancis itu secara percuma pada Januari, kini dijangka ditamatkan kontraknya serta merta.

Insiden itu seakan akan tidak boleh dimaafkan oleh kelab.

Bercakap pada sidang akhbar pada hari Jumaat, pengurus Lille, Gourvennec merujuk kepada “insiden” di mana beliau menegaskan bahawa: “Ada seorang pemain telah berkelakuan tidak wajar di dalam bilik persalinan selepas perlawanan”.

“Kami melakukan beberapa perkara dengan baik, yang lain kurang baik, kami menang atau tidak, kami bermain satu cara atau dengan cara yang lain, itu adalah perkara lain, tetapi etika adalah penting bagi saya,” tambahnya.

“Sudah 34 tahun saya berada dalam dunia bola sepak dan saya tidak pernah melihatnya.”

Ben Arfa membalas komen tersebut dengan catatan di Instagram: “Masalah kamu adalah ketidakcekapan. #allezlelosc Kami bukan pasukan yang patut bermain untuk penyingkiran.”
Bekas pemain antarabangsa Perancis Ben Arfa telah dikritik kerana kurang disiplin sepanjang kerjaya profesionalnya.

Ben Arfa sendiri dikatakan sudah bersedia untuk meninggalkan Lille, setelah bermain sembilan perlawanan untuk kelab itu tanpa menjaringkan gol.

Ben Arfa: Kisah Wonderkid Yang Turun Naik Kerana Isu Disiplin

Itulah Ben Arfa. Kariernya seringkali bergelumang dengan kontroversi.

Karim Benzema dahulu pernah berkata: “Ben Arfa ibarat Messi, ini bukan gurauan. Namun dia seringkali gagal membuat keputusan terbaik dalam kariernya. Saya risau dia akan hancur. Apa yang dia perlu lakukan adalah fokus kepada bola sepak.”

“Dia mungkin tak setaraf Messi namun jika dia bersungguh sungguh, dia akan menjadi pemain elit.”

Itulah kata kata Benzema pada 4 tahun yang lalu.

Ternyata kata kata Benzema itu betul. Di mana Benzema pada hari ini masih menjadi pemain elit di dunia, manakala Ben Arfa hilang entah ke mana.

Jika bercerita soal bakat, Benzema memang di belakang Ben Arfa dari segi skil, kreativivi dan kepantasan ketika mereka sama sama membangun satu ketika dahulu. Baru baru ini, Djibril Cisse menyatakan perkara yang sama.

…. walaupun sebenarnya mereka berdua pernah bergaduh ketika berada dalam pasukan yang sama dahulu. Namun itu bukan alasan Cisse untuk menafikan kehebatan Ben Arfa.

Baca yang lain