Bendtner Kongsi Detik Kantoikan Penipuan Henry Sehingga Legenda Itu Koyak

Nicklas Bendtner antara pemain yang kerap menjadi bualan ramai kerana sikapnya yang penuh keyakinan.

Sebelum ini beliau pernah menyatakan beliau hanya nampak pada suatu hari nanti dirinya akan bermain sama ada untuk Barcelona ataupun Real Madrid.

Bendtner pernah menggelarkan dirinya sebagai penyerang terbaik di dunia.

Akibat keyakinannya yang terlalu tinggi, warganet menggelarkan beliau sebagai Lord Bendtner.

Ketika di Arsenal, Bendtner awalnya dicanang bakal menjadi salah seorang bakat yang luar biasa. Namun malangnya, Bendtner gagal menepati ramalan.

Beliau hanya menjaringkan 24 gol daripada 108 perlawanan. Selepas itu Bendtner berkelana ke kelab seperti Wolfsburg dan Nottingham Forest serta beberapa kelab lagi.

Namun kariernya paling mencuri tumpuan pastinya dengan Arsenal.

Arsenal buatkan Henry koyak

Bendnter berkongsi dengan The Guardian satu kisah beliau berkonfrontasi dengan legenda Arsenal Thierry Henry yang juga digelar King Henry oleh peminat Arsenal.

Bendtner menyatakan beliau telah berjaya mengkantoikan penipuan Henry ketika latihan. Ketika itu, Bendtner masih sangat muda. Namun dia telah membuatkan Henry yang tenang itu menjadi koyak.

“Ada satu ketika, dalam satu sesi latihan, kami bermain 11 lawan 11. Setiap pemain diarahkan menyentuh bola tak lebih daripada 2 kali.”

“Saya berada di satu posisi di mana saya melihat Thierry Henry menyentuh bola terlebih 1 sentuhan iaitu sebanyak 3 kali. Tiada seorang perasan ketika itu.”

“Apalagi, saya pun menjerit terus melaporkan perkara itu kepada jurulatih, 3 SENTUHANNNN!!!!”

“Pembantu Wenger ketika itu, Pat Rice pekik kat saya balik: “Teruskan bermain, for f**k sake!”

“Henry mendengar saya mengadu penipuan yang dilakukanya. Dan Henry berpaling ke arah saya sambil tangannya di bibir lalu dia memberikan isyarat: ‘Sssssshhhhh’.”

“Tidak lama selepas itu, saya pun melakukan kesilapan yang sama. Bola terkena tumit saya sebelum saya menghantarnya kepada rakan. Mereka (pasukan Henry) diberikan sepakan percuma kerana kesilapan yang dilakukan. Mentang-mentanglah kami pemain akademi.”

“Saya pastinya tidak puas hati dan mempertikaikan perkara itu. Saya berterusan membantah. Saya akan lakukan perkara sama kepada semua orang, tak kisah dia bintang atau tak.”

“Henry kemudian menyuruh saya diam. Ketika ini banyak sekali carut mencarut berlaku. Beliau anggap beliau memberikan saya nasihat berguna. Tetapi saya tidak peduli itu semua.”

“Henry menyuruh saya ‘shut up’. Saya pun ‘shut-up’-kan dia balik.”

“Henry meluru ke arah saya dan bersemuka dengan saya, memaki di hadapan muka saya, mencarut apa sahaja dia nak. Henry tidak kisah perlawanan masih berlangsung.”

“Pemain senior lain termasuk Ashley Cole dan Sol Campbell pun masuk campur dan berkata: ‘Teruskan sahaja permainan Niklas, tutup mulut dan terus berlari.”

“Dan saya menurutinya. Biasanya saya panas dan susah nak bertenang. Tetapi itulah yang berlaku apabila seorang penyerang terbaik dunia berdiri di hadapan kamu dan menjerit di depan muka kamu.”

“Namun selepas tamat latihan. Segalanya baik-baik sahaja. Henry datang kepada saya dan kami mulai berbual di bilik persalinan dan di ruang rehat pemain.”

“Ianya drama 2 jam. Bagi saya untuk terlibat dalam peristiwa seperti itu adalah satu penghargaan. Henry seorang yang baik dan kami selesaikan semuanya hari tu juga dan berpelukan antara satu sama lain.”

“Saya boleh katakan Henry seorang yang memiliki akhlak terpuji.”

Baca yang lain