Bengang Tengok Barca Menari Nari Depan Mereka Raikan Kejuaraan, Peminat Espanyol Mengamuk

Barcelona meraikan kejuaraan La Liga ke-27 dalam sejarah kelab itu.

Dan mereka memutuskan untuk menari bersama sama di tengah padang sambil menyanyi bergandingan tangan.

Barcelona menang 4-2 ke atas Espanyol dalam aksi La Liga di Stadium Cornell El Prat.

Dan meletakkan musuh derbi Catalonia mereka itu kini dalam zon penyingkiran.

Sebaik sahaja tamat perlawanan pesta pemain pemain dan staf Barcelona pun bermula.

Dan ianya menjadi detik sangat ngeri. Apabila sekumpulan peminat Espanyol yang marah telah memasuki padang untuk menyerang pasukan Barcelona.

Mereka menganggap tindakan Barca itu sebagai sangat biadap. Meraikan di tengah tengah stadium mereka.

Pemain pemain Barca bertempiaran melarikan diri untuk menyelamatkan diri daripada insiden buruk yang tak diingini.

Petugas keselamatan bertindak pantas cuba mengawal keadaan.

Pemain pemain dan pegawai Barca melarikan diri ke dalam terowong.

Peminat dan pakar pemerhati berbagi pendapat tentangnya. Ada yang menganggap tindakan penyokong Espanyol itu sebagai memalukan.

Namun ada juga yang menyatakan bahawa Barca seharusnya tidak membuat bulatan dan menari di tengah padang di hadapan penyokong seteru mereka.

Walau apa jua pandangannya, Barcelona berhak meraikan kejuaraan mereka kali ini. Ianya kejuaraan pertama Xavi Hernandez dalam la liga sebagai seorang pengurus.

Di sana mereka menyambung kembali pesta keraian mereka bersama dengan presiden kelab Joan Laporta.

Ianya musim yang sangat mencabar buat Barcelona. Di mana mereka bergelut dengan masalah kewangan.

Mereka juga gagal mara lebih jauh dalam aksi Eropah.

Akhirnya mereka menamatkan musim sebagai juara liga. Merampas semula tahta daripada Real Madrid.

Baca yang lain