Benzema Dah Tak Tahan Dan Nak Kembali Ke Eropah

Karim Benzema dikatakan sudah bosan dengan bola sepak Arab Saudi dan mahu keluar dari negara itu.

Ini bermakna Benzema boleh tersedia dalam jendela perpindahan seawal Januari 2024.

Benzema sebelum ini sudah beberapa kali tidak sehaluan dengan kelabnya sejak menyertai Al Ittihad awal musim ini. Dengan dia menjadi penerima gaji kedua tertinggi di Saudi selepas Ronaldo.

Sebelum ini Benzema tidak sehaluan dengan bekas pengurus Al Ittihad, Nuno Espirito Santo yang tidak memilihnya sebagai kapten atas alasan pemain itu tidak begitu memahami taktikalnya.

Benzema merajuk dan dikatakan ponteng latihan. Terbaru selepas kekalahan memalukan di tangan Al Nassr, Benzema melarikan diri dari kem pasukan dan meninggalkan Arab Saudi tanpa pengetahuan atau kebenaran kelab.

Benzema juga terpaksa dikecualikan daripada kem latihan pertengahan musim kelab. Walaupun semua pemain sepatutnya wajib.

Benzema kemudian menegaskan bahawa dia dan keluarganya terkandas di Mauritius kerana taufan yang melanda negara itu membuatkan semua penerbangan dibatalkan.

Kini dia mempertimbangkan untuk keluar dari kelab itu menerusi jendela perpindahan Januari selepas enam bulan yang mengecewakan di kelab Liga Pro Saudi Al Ittihad, sumber memberitahu ESPN.

Penyerang berusia 36 tahun itu tidak berpuas hati dengan kariernya di Arab Saudi setakat ini, walaupun pemenang Ballon d’Or 2022 itu telah menjaringkan 15 gol dalam 24 perlawanan dalam semua pertandingan sejak menyertai liga yang menguntungkan sebagai ejen bebas. .

Kelab itu dikatakan enggan membiarkan pemain itu pergi secara pinjaman atau tetap pada Januari. Dan mereka mahu Benzema terus kekal komited.

Baru baru ini Jordan Henderson antara pemain yang telah sah meningalkan Liga Pro Saudi setelah tidak gembira dengan karier di sana.

Al Ittihad bergelut musim ini dan berada di tempat ketujuh dalam liga, 25 mata di belakang pendahulu Al Hilal setelah memenangi kejuaraan musim lalu.

Benzema, yang mempunyai baki 2 tahun setengah dalam kontraknya, telah dikritik oleh media Saudi kerana persembahannya.

ESPN turut melaporkan dua kelab Liga Perdana Inggeris iaitu, Man United dan Chelsea antara yang berminat mendapatkan Benzema.

Laporan sama juga percaya, Benzema ketika ini mahu kembali semula ke Real Madrid.

Baca yang lain