Berapa Banyak Wang Bakal Diraih Oleh Setiap Pasukan Di EURO 2020

Euro 2020 merupakan edisi yang ke-16, ia merupakan pertandingan utama dianjurkan oleh UEFA. Kejohanan kali ini berlansung selama sebulan iaitu pada 11 Jun hingga 11 Julai. 24 dari 55 negara yang melepasi peringkat kelayakan akan bermain di pusingan akhir.

Pada edisi kali ini, hadiah wang meningkat 24% berbanding edisi lepas. Sebanyak €371 juta telah diperuntukkan kepada 24 pasukan bergantung kepada pencapaian mereka.

Pada kejohanan 2016 Juara, Portugal telah membawa pulang wang hadiah terkumpul sebanyak €25.5 juta sementara itu Ukraine hanya membawa pulang wang penyertaan sebanyak €8 juta selepas tewas semua perlawanan peringkat kumpulan.

Kali ini, 24 pasukan Euro 2020 akan menerima wang penyertaan sebanyak €9.25 juta. Pasukan akan menerima €1.5 juta bagi setiap kemenangan yang diraih di pernigkat kumpulan. Untuk keputusan seri jumlah tersebut akan dibahagi dua.

16 pasukan yang mara ke peringkat kalah mati akan menerima imbuhan sebanyak €2 juta. Akaun pasukan yang melangkah ke peringkat suku akhir akan ditambah sebanyak €3.25 juta.

€5 juta lagi akan diberikan kepada 4 pasukan separuh akhir dan juara akan menerima €10 juta sementara itu naib juara €7 juta.

Juara berpotensi membawa pulang maksima €34 juta jika mereka menang semua 3 perlawanan peringkat kumpulan.

  • Wang penyertaan €9.25 juta (24)
  • Kumpulan €1.5 juta/€750 ribu
  • +Pusingan 16 €2 juta (16)
  • +Suku akhir €3.25 juta (8)
  • +Separuh Akhir €5 juta
  • +Naib Juara €7 juta
  • +Juara €10 juta

Baca juga

Analisis: Belanda-Austria Dipenuhi Dengan Isu Hantaran Dan Produk Akhir

Sweden merupakan pasukan tuan rumah 1992 telah menjana pendapatan sebanyak €41 juta. Pendapatan itu meningkat 3 kali ganda ketika England menjadi tuan rumah pada tahun 1996.

Peningkatan itu berterusan apabila edisi Belanda/Belgium 2000 menjana pendapatan sebanyak €229 juta kemudian Portugal 2004 merekod €855 juta.

Austria/Switzerland meraih angka pendapatan hampir €1.35 billion dan terus meningkat. Perancis 2016 meraih €1.9 billion meningkat 37% dari edisi sebelumnya Ukraine/Poland €1.4 billion.

UEFA menjangkakan edisi 2024 boleh menjana pendapatan sehingga €2.5 billion.

Berikut adalah hadiah wang yang dimenangi oleh 24 pasukan pada edisi 2018.

  • Juara: Portugal €25.5 juta
  • Naib Juara: Perancis €23.5 juta
  • Separuh Akhir: Jerman €18.5 juta
  • Separuh Akhir: Wales €18 juta

Suku Akhir: Poland €14.5 juta. Belgium, Itali dan Iceland masing-masing €14 juta.

Separuh akhir: Croatia €12 juta. England, Sepanyol, Hungary dan Switzerland masing-masin €11.5 juta. Sementara itu Slovakia dan Republik Ireland membawa pulang €11 juta. Ireland Utara meraih €10.5 juta.

Peringkat kumpulan: Albania dan Turki mendapat €9 juta hasil dari 1 kemenangan yang dicatat. Romania, Rusia, Republik Czech, Sweden dan Austria mendapat €8.5 selepas hanya mencatat 1 seri.

Ukraine hanya membawa balik wang pernyertaan sebanyak €8 juta akibat kalah 3 perlawanan peringkat kumpulan.

Sehingga semalam 3 pasukan besar eropah Itali, Belgium dan Belanda masih berada dalam landasan membawa hadiah maksima €34 juta selepas mencatat 2 menang dari 2 perlawanan awal.

Baca yang lain