Seperti yang kita pernah maklum sebelum ini bahawa, tiada lagi pasukan Petronas Yamaha SRT bermula musim hadapan.
Dan terbaru, Dorna mengumumkan bahawa pasukan Petronas Yamaha SRT akan dijenamakan semula menjadi RNF Racing bermula pada musim 2022 dalam kalendar MotoGP.
Ia adalah pengganti kepada SRT dan pasukan tersebut tidak akan ditaja oleh Petronas lagi.
Selain itu, RNF Racing juga tidak akan menjadikan Sepang sebagai markas utama ataupun rumah mereka.
Cuma ketika ini yang menjadi persoalan adakah krew teknikal Petronas Yamaha SRT juga akan kembali bekerja untuk RNF Racing?
Prinsipal SRT, Datuk Razlan Razali berkata:
“Dalam beberapa bulan terakhir, kami telah mengerahkan semua upaya kami untuk menyusun atur, mengubah, dan meluncur kembali sebagai pasukan MotoGP yang segar dan lebih kuat.”
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Carmelo (Ezpeleta, CEO Dorna) atas kepercayaan dan keyakinann yang berterusan kepada saya untuk memulakan babak kedua ini dengan pasukan yang baru dibangun kembali bersaing di kelas utama MotoGP selama lima tahun mendatang,” tambah beliau.
Dalam pengumuman tersebut, RNF Racing mengesahkan mereka akan beraksi sehingga MotoGP musim 2026.
Andrea Dovisiozo akan menjadi pelumba mereka pada musim hadapan. Mereka akan mencari seorang lagi pelumba untuk digandingkan bersama dengan Dovisiozo.
Andrea Dovizioso bahkan sudah mulai melakukan debut bersama Petronas Yamaha SRT pada sirkit MotoGP San Marino.
Crash.net melaporkan bahawa RNF sedang cuba memancing Darryn Binder atau Jake Dixon untuk menjadi pelumba kedua mereka menggantikan Valentino Rossi yang sudah mengumumkan persaraannya sebaik sahaja musim ini tamat.
Razlan yakin bahawa RNF akan tampil cemerlang pada musim debutnya, kerana mereka sudah ada blue print yang kukuh daripada SRT sebelum ini.
“Untuk musim akan datang, entiti baru RNF MotoGP Racing, pasukan yang dijenamakan semula ini akan meneruskan blueprint yang terbukti berjaya sebelum ini.”
“Harapan pastinya tinggi dan kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi aspirasi tersebut.”
“Berbekalkan pengalaman yang kami ada dan beberapa kejayaan yang kami sudah kecapi di masa lalu, kami sudah tak sabar untuk memulakan musim 2022 sebagai pasukan lebih kuat.”