Bermain Untuk Barca Adalah Impian Saya Sejak Kecil – Joao Felix

Joao Felix membuat kontroversi apabila terang terangan menyatakan bahawa dia berimpian bermain untuk Barcelona sejak kecil lagi.

Kenyataan itu dibuat ketika Felix masih bergelar pemain Atletico, yang juga bermain di liga yang sama dengan Barcelona.

Masa depan Joao Felix di Atletico Madrid dilaporkan sudah tamat apabila dia dan Diego Simeone sudah lama tak sehaluan.

Simeone tidak menerima Felix lagi dalam pasukannya sebaik sahaja pemain itu kembali dari musim pinjaman di Chelsea.

Joao Felix sebelum ini memang sudah tak sehaluan dengan Simeone sebelum dia berlepas ke Chelsea.

Namun sempat melanjutkan kontraknya sehingga 2027 di kelab itu sehari sebelum berlepas ke London.

Keputusan dia melanjutkan kontrak ketika itu memang agak menghairankan ramai pihak. Kerana ianya akan membuatkan Chelsea sukar untuk membelinya secara tetap.

Atletico ketika itu menegaskan bahawa Joao Felix bukan untuk dijual. Namun menukar polisi itu beberapa bulan selepas itu.

Menawarkan pemain itu kepada Chelsea secara tetap dengan meminta yuran bayaran perpindahan tetap sebanyak €90 juta. Ianya ditolak Chelsea.

Pada pra musim kali ini dia kembali ke Atletico. Dan menyatakan dia tidak mahu bermain di bawah Simeone lagi. Nombor jersinya, no.7 sudah menjadi milik Griezmann.

Felix bergelut untuk mencari kelab baharu kerana dia mengutamakan kelab besar. Setakat ni hanya Aston Villa yang menawarkan tawaran rasmi untuknya.

Pemain itu sebelum ini meminta ejennya mencari kelab yang bermain di UCL. Jorge Mendes cuba menawarkan Joao Felix ke PSG namun kelab itu tidak berminat.

Kini pemain itu memberitahu dia mahu bermain untuk Barcelona.

Ianya isyarat jelas bahawa dia mahu Xavi tahu dia sedia berkhidmat untuk kelab itu.

Joao Felix dibeli dengan nilai €120 juta beberapa tahun lalu oleh Atletico. Sejak menyertai Atletico, dia tidak benar benar berjaya memenuhi tag harganya.

Dia sebelum ini mengkritik taktikal Simeone dan mempersoalkan kenapa dia seringkali di bangku simpanan. Membuatkan hubungannya dengan Simeone retak.

Kini dia dengan terbuka menyatakan dia mahu menyertai seteru Atletico.

Felix berkata: “Saya mahu bermain untuk Barca.”

“Bemain untuk Barcelona sentiasa menjadi piliha utama saya dan saya teringin menyertai Barcelona.”

“Ianya impian saya sejak saya kecil lagi. Jika ianya dapat direalisasikan, ianya akan menjadi sebuah impian yang menjadi kenyataan untuk saya.”

Adakah kenyataan Felix ini akan membuatkan Barca tergerak hati untuk mendapatkan Joao Felix?

Baca yang lain