Bermula Dengan Cemerlang, Kini Ralf Rangnick Catat Rekod Tak Diingini Bersama Austria

Bekas pengurus Manchester United, Ralf Rangnick memulakan kariernya dengan pasukan kebangsaan Austria dengan wow!

Di mana dia memulakan debut dengan membantu Austria menewaskan Croatia 3-0 dalam Piala Negara Eropah.

Namun kisahnya kini berbeza. Dalam aksi kedua kedua dua pasukan, Crotia pula mengalahkan Austria 3-1.

Menjadikan Austria kini mencatatkan kekalahan 3 kali berturut turut buat pertama kali selepas lebih sedekad. Ini adalah kali pertama Austria kalah 3 kali berturut turut sejak 2011.

Lebih teruk lagi, Austria kini sudah tak menang dalam 5 perlawanan terakhir mereka di bawah pimpinan mastermind taktikal gegenpressing itu.

Rangnick kini hanya menang sekali dalam 6 perlawanan terakhir ataupun enam perlawanan pertama dia sebagai pengurus Austria.

Rekod kemenangan paling teruk sejak era Karel Bruckner pada 2008-2009.

Dalam aksi berdepan Croatia, Austria dimalukan oleh skuad Zlatko Dalic di gelanggang sendiri. 3 gol Croatia adalah daripada Luka Modric, Marko Livarja dan Dejan Lovren.

Sementara gol saguhati Austria hanyalah menerusi Christoph Baumgartner.

Sudah ada suara suara penyokong yang mahukan Rangnick dipecat. Mereka menganggap Rangnick sudah hilang taringnya.

Ada juga yang menyatakan bahawa Rangnick memang pakar dalam bidang bimbingan dan konsultansi pembangunan bola sepak, namun rekodnya sebagai pengurus adalah tidak cukup bagus.

Namun ada juga masih percaya kemampuan Rangnick. Sambil menyatakan bahawa dia masih baru berkerja di Austria. Memerlukan lebih masa lagi.

Baca yang lain