Bernardeschi Mahu FIFA Masukkan Itali Dalam Piala Dunia 2022 Sebab Mereka Juara Eropah

Federico Bernardeschi telah mendakwa Itali sepatutnya layak secara automatik ke Piala Dunia 2022 selepas memenangi Euro baru baru ini.

Bernardeschi merasakan bahawa, FIFA sepatutnya memasukkan nama Itali dalam senarai 32 pasukan yang beraksi di Qatar untuk beraksi dalam Piala Dunia.

Pasukan Azzurri tidak menyertai dua Piala Dunia terakhir, gagal melayakkan diri ke edisi 2022 di Qatar selepas tewas kepada Macedonia Utara dalam play-off dramatik. Di mana Macedoni menjaringkan gol pada masa kecederaan minit ke-92.

Itali telah memenangi Piala Dunia empat kali, yang terbaru pada tahun 2006, dan merupakan salah satu negara yang paling ikonik dan berjaya dalam arena bola sepak.

Pasukan Roberto Mancini menewaskan England menerusi penentuan sepakan penalti di Wembley untuk memenangi Euro 2020 dan Bernardeschi percaya kemenangan itu sepatutnya menjamin tempat ke Piala Dunia.

Itali dianggap telah kembali bangkit dengan menjadi juara Euro. Malangnya, mereka gagal untuk melayakkan diri ke Piala Dunia.

Legenda Itali, Roberto Baggio menganggap ianya sesuatu yang sangat memalukan.

Namun Bernardeschi masih mempersoalkan, kenapa mereka tidak diberikan slot automatik ke Piala Dunia 2022. Dia sendiri merasakan perkara itu menyakitkan otaknya apabila dia memikirkannya.

“Ia menyakitkan kerana saya fikir kami berhak mendapatnya, empat negara yang menang dalam pelbagai kejohanan benua harus pergi ke sana dengan selayaknya,” kata Bernardeschi kepada La Gazzetta dello Sport.

“Tak dapat saya memikirkan bahawa saya adalah juara Eropah dan saya tidak pernah bermain dalam Piala Dunia, tidak masuk akal.”

Bernardeschi meninggalkan Juventus pada musim panas dan menyertai kelab MLS Toronto FC secara percuma, menandatangani kontrak selama empat tahun.

Dia menikmati kehidupan di Kanada, menjaringkan lapan gol dan mencatatkan tiga bantuan dalam 14 penampilan – dan bekas pemain sayap Fiorentina itu mengesahkan dia menyokong pasukan Kanada, bimbingan John Herdman dalam Piala Dunia 2022.

Dia menambah: “Betul dan saya gembira dengan cara mereka bermain pada penampilan sulung mereka di Qatar kerana kemudian semua orang dapat melihat betapa tingginya tahap bola sepak benua Amerika yang telah meningkat. Dan dengan Piala Dunia 2026 di Amerika Utara dalam dua hingga tiga tahun akan datang, perkembangan ini akan lebih pesat.”

Baca yang lain