Bernardo Silva: “Haaland Persis CR7”

Bernardo Silva antara pemain yang pernah bermain dengan Cristiano Ronaldo dan Erling Haaland di dalam kariernya.

Dan dia telah menghamburkan pujian kepada Haaland dengan melabel pemain itu memiliki ciri ciri Cristiano Ronaldo dalam dirinya untuk memacunya sebagai salah seorang pemain terbaik dunia.

Menurut Bernardo Silva: “Erling Haaland sudah tentunya memiliki mentaliti yang sama dengan Cristiano. Sentiasa mahu berada di dalam kotak penalti. Sentiasa mahu menjaringkan gol.”

“Dia tak kisah kalau dia cuma dapat sentuh bola satu atau dua kali sahaja. Apabila dia menyentuh bola itu dia akan menjaringkannya Dia adalah penyerang yang sebenar.”

Dalam kariernya Cristiano Ronaldo sudah menjaringkan sangat banyak gol. Menjadi penjaring gol antarabangsa terbanyak dan menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman di Real Madrid.

Erling Haaland musim ini telah menunjukkan prestasi cemerlangnya sekali lagi. Menyambung pembangunannya sejak di RB Salzburg kemudian ke Borussia Dortmund. Dan kini di Manchester City.

Haaland mencetak 1 gol dalam aksi berdepan Arsenal. Dengan itu, dia memecahkan rekod Mohamed Salah sebagai penjaring gol terbanyak dalam semusim EPL.

Haaland bukan sahaja pemain yang suka menunggu di dalam kotak. Dia suka untuk terlibat aktif dalam binaan serangan dari bawah.

Gandingannya dalam tactical tweak bersama De Bruyne telah menjadi nadi penting City menewaskan Arsenal.

Korang boleh baca penjelasan De Bruyne di bawah:

Kevin De Bruyne kelihatan seperti no.9 kedua Man City ketika seringkali bersama sama dengan Haaland di tempat yang sama di zon serangan. Membentuk formasi ibarat 4-4-2.

De Bruyne bukanlah pemain digemari peminat Arsenal. Kerana rekodnya ke atas kelab itu sangat luar biasa.

De Bruyne diberikan peranan sangat advance di atas padang. Dan kerapkali berada lebih tinggi daripada Erling Haaland.

Bercakap kepada pundit selepas tamat perlawanan, De Bruyne menyatakan bahawa dia diberikan peranan free role ataupun bebas pada hari ini.

Dia pernah diberikan peranan serupa sebelum ini, namun kali ini dianggap sangat bebas.

De Bruyne berkata, mereka sudah bersedia dengan apa yang Arsenal cuba pamerkan kepada mereka.

Pemain itu berkata: “Ketika Arsenal menekan lawan mereka, Arsenal adalah berkelas dunia. Jujur saya katakannya.”

“Terutama sekali ketika kita melakukan sepakan gol ataupun bola mati. Kita tahu kita harus bermain bola lebih jauh hari ini.”

“Dan kami mencuba beberapa perkara di sesi latihan. Berada lebih ke bawah dan saya cuba berlari awal apabila kami mendapat bola.”

“Ketika mereka bermain man to man, kami harus bermain hantaran lebih panjang kerana tiada ruang untuk bermain hantaran pendek.”

“Pada separuh masa kedua, ianya 50/50, mereka pasukan sangat berkualiti dan sukar untuk ditentang. Kami harus bermain pada prestasi terbaik hari ini. Dan rasanya kami melakukannya.”

Menjelaskan peranannya, De Bruyne menegaskan bahawa Pep Guardiola mahukan lebih dominasi di tengah. Dan menarik Rodry dan Gundogan di zon sama sebagai pivot.

De Bruyne menambah: “Saya rasa tetapan taktikal kami sedikit berbeza haru ini. Biasanya kami bermain dengan dua pemain no.8, namun Pep mahukan kami lebih dominasi dan kami bermain dengan dua pemain no.6 dengan Gundogan [dan Rodry].”

“Dan jika Partey dan Xhaka melakukan tekanan saya akan cuba mencari ruang.”

“Sangat sukar melepasi Holding. Namun saya mencari jalan bergandingan dengan Haaland untuk mencipta momen pada separuh masa pertama.”

De Bruyne menikmati kebebasan yang diberikan kepadanya dan gembira kerana ketajamannya di hadapan gol pada kali ini menjadi.

Ditanya adakah Pep Guardiola membuat perubahan taktikal pada separuh masa kedua melibatkan De Bruyne dan Haaland yang dilihat berbincang sesama mereka ketika masuk ke padang. Dan kemudian gandingan mereka menghasilkan gol. Haaland melakukan assist kepada De Bruyne.

Pemain antarabangsa Belgium itu mengakui: “Jelas sekali ada perubahan pada separuh masa kedua. Dan saya diberikan lebih kebebasan hari ini.”

“Saya memikirkan, bagaimana kalau saya turun sedikit dan Holding datang kepada saya. Jadi ada ruang di belakangnya, ianya akan memaksa Gabriel untuk berkejaran, dan itu pastinya sukar [untuk mereka]. Jadi kami cuba menilai pilihan tersebut.”

 

Baca yang lain