Blunder: Berita Sukan Perancis Pakai Gambar Messi Copy Ori Dari Iran

Mungkin akibat terlalu lama tanpa bola sepak sehingga terlupa mana satu gambar Lionel Messi dan mana satu gambar Messi Copy ori?

Messi merupakan bintang bola sepak yang dikenali di seluruh dunia. Beliau merupakan pemain yang menjadi kapitan Barcelona dan Argentina.

Messi pemenang 6 Ballon d’Or, paling banyak ketika ini. Beliau masih lagi bermain di peringkat tertinggi di kelab dan juga di peringkat antarabangsa.

Messi Argentina menderma, Messi Iran yang dapat nama

Namun di Perancis, sebuah saluran televisyen telah tersilap letak gambar beliau. Di mana gambar Messi Iran pula yang dipaparkan pada layar.

Messi Iran tersebut bernama Reza Parastesh. Reza pun boleh tahan juga popularnya kerana menggunakan wajahnya yang mirip Lionel Messi — dan boleh buat duit pulak tu.

Malah ada berita yang melaporkan Reza berjaya meniduri 23 gadis yang ingat dia adalah Lionel Messi.

Namun perkara itu dinafikan oleh Reza Parastesh dengan menyatakan bahawa berita itu adalah tidak benar.

Saluran M6 Perancis membuat laporan sukan dan memberitahu kepada penonton bahawa beberapa bintang sukan dunia ada memberikan sumbangan peribadi ketika dunia berdepan krisis COVID-19.

Di sebelah gambar Roger Federer kelihatan gambar Lionel Messi tetapi versi gred copy ori AA dari Iran iaitu Reza Parastesh.

Perkara itu membuatkan ramai netizen yang tergelak kerana menganggapnya kelakar.

Ada juga yang menganggap kewartawanan ini adalah satu kegagalan.

Kapten Barcelona itu dilaporkan mendermakan €1 juta yang dibahagikan kepada hospital di Sepanyol dan Rosario di Argentina bagi membantu pasukan perubatan membeli perkakas yang mereka perlukan.

Hospital Rosario itu adalah tempat Lionel Messi dilahirkan. Jadi ianya memang dekat di hati pemain terbaik dunia itu.

Malang sekali, TV M6 menjadikan ibarat; Messi Argentina yang menderma, Messi Iran yang dapat nama.

Minggu lalu Barcelona memujuk para pemainnya untuk dipotong gaji sebanyak 70%. Angka itu agak keterlaluan dan ditolak oleh para pemain.

Kemudian para pemain menawarkan pemotongan gaji 30%. Kelab pula merasakan ia masih terlalu banyak.

Dan kemudian kedua dua belah pihak dilaporkan bersetuju untuk pemotongan gaji 50%.

Rundingan baharu kontrak Lionel Messi dengan Barcelona ketika ini terpaksa ditangguhkan kerana koronavirus.

Di Sepanyol, mereka antara negara yang terjejas teruk kerana virus ini selain daripada Itali.

Messi masih belum mencapai kesepakatan dengan Barcelona. Sehinggakan ada yang mengaitkan Lionel Messi mungkin akan bergabung semula dengan Pep Guardiola di Manchester City.

Walaubagaimanapun, Lionel Messi dikenali dengan kesetiannya kepada Barcelona sejak dari dulu lagi.

Barcelona merupakan pasukan yang menemui bakatnya ketika kecil. Kelab tersebut membantu Lionel Messi dalam rawatannya sejak dari awal remaja lagi.

Oleh sebab itu sentimen Lionel Messi ke atas Barcelona adalah sangat tinggi.

Baca yang lain