Boehly Skali Lagi Cuba Hijack Kelab London Tang Kona

Chelsea sekali lagi cuba menghijack pemain daripada menyertai kelab London lain. Sebelum ini Fabrizio Romano melaporkan bahawa Chelsea cuba merampas Raphinha daripada menyertai Arsenal.

Raphinha dikatakan lebih tertarik dengan tawaran Chelsea kerana mereka menawarkan bola sepak UCL. Kemudian Leeds juga lebih senang dengan tawaran Chelsea yang lebih besar daripada Arsenal.

Dan terbaru, mereka cuba memintas Richarlison daripada menyertai Tottenham Hotspur. Fabrizio Romano beberapa jam yang lalu sudah melepaskan ayat keramatnya Here We Go bahawa Richarlison akan menjadi milik Spurs.

Spurs dilaporkan sudah mencapai kesepakatan harga dengan Everton untuk mendapatkan Richarlison. Spurs sudah menghantar delegasi pegawainya ke Brazil bagi menyempurnakan urusan pemeriksaan medikal.

Spurs sedia membayar £50 juta untuk mendapatkan penyerang Brazil itu. Dengan beberapa lagi bonus dibincangkan.

Everton tiada pilihan selain daripada menjual menjual Richarlison daripada bintang mereka itu pergi secara percuma. Hal ini kerana Richarlison sudah menyatakan dia tak akan melanjutkan kontraknya di Everton.

Chelsea masih belum mendapat jaminan bahawa mereka akan mendapat Raphinha atau Raheem Sterling.

Gerard Romero melaporkan bahawa Barcelona masih lagi benar benar ‘hidup’ dalam persaingan mendapatkan Raphinha. Pemain itu dikatakan pernah membuat kesepakatan verbal dengan Barca.

Tetapi Barca ketika ini masih perlu mengosongkan bil gaji dan kos operasi mereka untuk mendapatkan pemain baharu.

Seterusnya Raheem Sterling merupakan sasaran utama Chelsea. Tetapi rundingan masih belum dimuktamadkan. Richarlison pemain yang boleh bermain di banyak posisi. Jadi beliau merupakan pilihan yang baik untuk Tuchel.

Chelsea menawarkan harga £10 juta lebih tinggi dariapda yang ditawarkan Spurs dalam usaha mereka merampas Richarlison daripada jatuh ke tangan Spurs.

Chelsea yang baru sahaja melepaskan Marina Granovskaia, kini dipimpin oleh Todd Boehly sendiri dalam rundingan jual beli pemain. Sementara menunggu kelab melantik pengarah sukan yang baru.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan