Bonus £10 Juta Jika Arsenal Menang EPL Dan UCL

Declan Rice dilaporkan semakin hampir menyertai Arsenal dengan nilai keseluruhan perpindahan mencecah £100 juta.

Namun Arsenal hanya akan membayar £8 juta bonus itu jika Rice membantu Arsenal menjuarai EPL atau UCL pada penggal pertama kontraknya dengan Arsenal.

Manakala £92 juta adalah bayaran tetap yang dipersetujui di antara Arsenal dan juga West Ham berkenaan harga jualan pemain itu.

Declan Rice dalam proses untuk menjadi pemain termahal dalam sejarah pasukan Arsenal. Mengatasi rekod pembelian Nicolas Pepe yang dibeli dengan harga £72 juta sebelum ini.

Declan Rice adalah pemain yang bermain di bahagian tengah. Bahagian yang menjadi keutamaan oleh Arteta untuk diperkuatkan pada jendela perpindahan kali ini.

Wartawan koresponden Arsenal, Chris Wheatley melaporkan bahawa Arsenal menghampiri kejayaan mendapatkan Declan Rice dengan nilai £100 juta.

£100 juta itu adalah sekali dengan bonus berkaitan prestasi dan pencapaian kesukanan.

Sebelum ini David Moyes pada satu ketika pernah meletakkan harga Declan Rice setinggi £120 juta. Dan kini West Ham setuju memberikan sedikit diskaun.

Rice masih lagi menjadi pemain penting Moyes, namun pemain itu sudah menyatakan kepada kelab bahawa dia mahu menyertai kelab lebih besar terutama sekali yang bermain di UCL.

David Moyes sendiri mendedahkan bahawa West Ham sudah mengemukakan tawaran kontrak baharu dengan gaji bernilai £200,000 seminggu.

Namun ianya tetap ditolak oleh pemain itu.

Oleh itu West Ham terpaksa menjual pemain itu yang kontraknya akan berakhir pada musim panas 2024. Selepas Declan Rice memberitahu kelab dia tak akan melanjutkan kontrak bersama West Ham United.

Rice tetap akan diingat sebagai legenda West Ham kerana mengetuai pasukanya menjuarai UECL 2022/23.

Beberapa pasukan dilaporkan sangat berminat dengan Rice terutama sekali 2 kelab London iaitu Arsenal dan bekas kelab remaja Rice iaitu Chelsea.

Seterusnya, Man United juga berminat dengan Declan Rice.

Tetapi Arsenal telah mengorak langkah sangat pro aktif dalam pemburuan Declan Rice.

Baca yang lain