Borussia Dortmund Tawarkan Bellingham €15 Juta Semusim Namun Harus Terima Klausa Pelepasan €150 Juta

Borussia Dortmund menyatakan kesungguhan mereka mahu mengekalkan pemain tengah antarabangsa England, Jude Bellingham.

Pemain itu menjadi buruan banyak kelab di Eropah terutama sekali dari England.

Liverpool, Man City dan Man United antara kelab yang dikaitkan dengan Jude Bellingham di England.

Sementara di luar England, kelab besar Sepanyol, Real Madrid juga dikatakan berminat mendapatkan pemain itu.

Borussia Dortmund menawarkan kontrak lumayan kepada pemain tersebut dengan gaji mencecah €15 juta semusim di Signal Iduna Park.

Ianya kenaikan 150% daripada gaji semasa Bellingham.

Tetapi Dortmund meletakkan syarat bahawa pemain itu wajib menerima klausa pelepasan €150 juta dalam kontrak baharu beliau.

Kontrak semasa Bellingham akan berakhir pada 2025. Kontrak tersebut ditandatangani pada 2020 yang lalu, dengan pemain itu setuju dengan kontrak 5 tahun.

Dortmund sebelum ini terkenal dengan reputasi mereka menjual pemain pemain bintang awal 20-an dengan harga sangat tinggi. Kecuali Erling Haaland kerana klausa €65 juta yang sempat dimasukkan mendiang Raiola.

Mereka pastinya tidak mahu melepaskan Bellingham dengan harga murah.

Pengarah Sukan Dortmund, Sebastian Kehl dikatakan sudah merasakan bahawa Dortmund akan menerima rekod perpindahan kelab untuk Bellingham jika mereka terpaksa menjual pemain itu.

Jadi klausa pelepasan €150 juta dianggap sangat munasabah bagi pemain sensasi yang sudah menjadi pemain utama Three Lions itu.

Bagaimana jika Bellingham tidak menerima syarat klausa pelepasan itu?

Media Jerman, menjangkakan bahawa, Dortmund akan bertindak segera menjual pemain itu pada jendela perpindahan akan datang. Kerana itu adalah peluang terakhir mereka mendapatkan bayaran tinggi daripada mana mana kelab yang mahukan Bellingham.

Sebelum ini Dortmund sudah menyatakan bahawa mereka sedia mendengar tawaran bermula €100 juta. Tetapi prestasi Bellingham yang terus meningkat naik terutama sekali ketika Piala Dunia 2022 dan kemudian di Bundesliga selepas itu, harga itu pastinya meningkat.

Baca yang lain