Brader Ini Sewa Pawagam Untuk Bermain Mobile Legends Dan PUBG

Bermain game pada skrin besar memang best la kan. Korang mesti pernah try bermain di tv pintar korang tu.

Tapi tunggu dulu, ada seorang brader ni bermain dengan skrin sebesar panggung wayang terus.

Seorang YouTuber dari Indonesia telah menyewa 1 panggung wayang untuk bermain permainan video dalam telefon mudah alih seperti Mobile Legends dan PUBG serta beberapa permainan lagi.

David GadgetIn merupakan salah satu channel yang membincangkan isu teknologi, gadget dan banyak lagi. Beliau rajin melakukan reviu ke atas produk terkini.

YouTube GadgetIn dimiliki oleh David Brendi yang popular di Indonesia, dan terkenal dengan ayat “halo David di sini”.

GadgetIn sudah mempunyai lebih 5.4 juta subscribers di YouTube. Dengan penyampaiannya yang tersendiri telah menjadikan David GadgetIn menjadi popular dan menuai kejayaan di dunia YouTube.

Walau bagaimanapun, David GadgetIn bukan sahaja memuat naik ulasan video mengenai telefon pintar dan komputer riba, tetapi banyak perkara lain.

Salah satunya adalah video yang dimuat naik pada 30 Julai 2020 yang lalu. Dalam video bertajuk “Saya MINJEM [sewa] 1 GINCOPE BUILDING TO PLAY THE GAME!” David ditunjukkan menyewa 1 bangunan pawagam CGV di Grand Indonesia.

David berbuat begitu ketika Indonesia masih lagi lockdown dengan panggung wayang tidak dibuka kepada umum.

Beliau menghubungi CGV dan hasratnya diberikan lampu hijau oleh pengurusan panggung wayang tersebut.

 

David GadgetIn mengambil kesempatan untuk menyewa 1 pawagam CGV untuk bermain beberapa permainan, termasuk Crash Team Racing (CTR), Stardew Valley. Tomb Rider dan yang terakhir adalah permainan MOBA Moonton, Mobile Legends.

Sistem audi sinema CGV, yang berkualiti tinggi dan layar yang sangat besar, menjadikan pengalaman bermain Mobile Legends menjadi luar biasa.

David menyatakan perasaan dia mendengar bunyi yang dihasilkan adalah sangat memukau dan mengujakan.

Tidak hanya bermain Mobile Legends, David juga mencuba bermain PUBG Mobile, pada layar besar tersebut.

Bagi pemintal yang ingin tahu bagaimana rasanya bermain Mobile Legends dan PUBG Mobile di pawagam, anda boleh segera mengklik video di bawah.

Korang yang mahu menyaksikan aksi penuh video tersebut boleh klik pautan ini:

Sewa Panggung Wayang Untuk Main Game

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di