Brazil Tertinggi Angka Kematian, Presiden Brazil Jawab: “Semua Orang Ditakdirkan Mati”

Brazil telah melonggarkan lockdown mereka walaupun mencatat jumlah kematian korban koronavirus harian yang sangat tinggi.

Bahkan sekarang ini, mereka telah memintas Itali sebagai negara yang paling banyak kematian kerana Covid-19.

Ketika Presiden Jair Bolsonaro ditanya, kenapa beliau berbuat demikian? Alasannya sangat mengejutkan:

Dia berkata: “Semua orang ditakdirkan untuk mati.”

Pada hari Rabu lalu, Brazil mencatatkan jumlah kematian tertinggi dari koronavirus dalam satu hari. 1,349 kematian baru mengalahkan rekod sebelumnya 1,262 kematian, yang dicatkan mereka sehari sebelumnya, menurut data kementerian kesihatan negara itu.

Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di negara ini juga melebihi 500,000 minggu ini.

Hanya AS sahaja yang mempunyai kes lebih banyak.

Beberapa gambar yang dimuat naik beberapa minggu lalu menunjukkan deretan pengkebumian besar-besaran, yang menunjukkan bahawa negara mereka sedang dalam krisis.

Penggali kubur mengenakan pakaian pelindung untuk menanam keranda orang yang meninggal akibat penyakit koronavirus (COVID-19), di perkuburan Vila Formosa, perkuburan terbesar di Brazil, dan ia perkuburan terbuka di Sao Paulo, Brazil, 22 Mei 2020.

Gambar diambil dengan sebuah drone.

Namun pada hari Selasa, sejumlah perniagaan dan tempat yang bukan keperluan di bandar-bandar utama São Paulo dan Rio de Janeiro sudah mula membuka pintu untuk pertama kalinya dalam beberapa bulan.

Ini kemudian diikuti oleh pantai, gereja, ruang pameran kereta, dan kedai perabot, menurut CNN.

Pada hari Isnin, Marcelo Crivella, Datuk Bandar Rio de Janeiro, mengatakan bahawa “jika semua parameter diikuti – memakai topeng dan menghindari orang ramai – maka kita akan kembali ke kehidupan normal, ke keadaan normal, pada bulan Ogos.”

Paulo Lotufo, seorang ahli epidemiologi di University of São Paulo, mengatakan kepada The Guardian: “Apa yang terjadi adalah suatu yang tidak masuk akal. Pandangan beliau sangat mengerikan.”

https://twitter.com/Jim_Edwards/status/1268532087004565505

Apapun Bolsonaro, yang pada bulan Mac lalu menyebut bahawa virus itu cuma “flu kecil,” dan pada Selasa lalu dia menyatakan: “Kami minta maaf untuk semua yang telah mati, tapi itulah takdir semua orang. Semua orang ditakdirkan untuk mati.”

Brazil antara negara yang paling lambat mengenakan lockdown. Sehingga gangster di beberapa bandar di Brazil mengambil tindakan sendiri.

Mereka mengancam siapa yang keluar tak ikut masa mereka tetapkan akan mendapat la nanti.

Semuanya kerana Balsonaro terus menerus mengambil ringan dan memandang rendah covid-19 yang menurutnya tidak akan menyerang Amerika Latin.

Sedangkan di Peru ketika itu keadaan menjadi sangat buruk.

Balsonaro disamakan dengan Donald Trump. Di mana kedua duanya masih bersembang soal perniagaan dan ekonomi sebagai kepentingan berbanding nyawa.

Jair Balsonaro bengang dengan pihak yang mempertikaikan langkah keselamatan yang lemah diambil pentadbirannya.

Dalam empat video yang disiarkan di akaun Twitternya, Bolsonaro dilihat dikelilingi oleh orang ramai ketika dia berjalan di sekitar ibu kota.

Melalui satu klip video, beliau berkata kepada penjual jalanan; “Apa yang saya dengar daripada orang ialah mereka mahu bekerja.”

“Apa yang saya katakan sejak awal ialah kita akan sentiasa berhati-hati, mereka yang berumur lebih 65 tahun tinggal di rumah,” katanya.

Sementara itu, seorang penjaja pula dilihat memberitahu Bolsonaro; “Kami tidak boleh diam sahaja…ada perkara yang menakutkan kerana jika anda tidak mati disebabkan penyakit ini, anda akan mati kelaparan.”

Bolsonaro pula menjawab; “Anda tidak akan mati!” dan video lain pula beliau berkata; “kembali kepada keadaan normal.”

Bolsonaro mempersoalkan tindakan kuarantin yang dikenakan oleh gabenor dan beberapa pemimpin negara di Amerika Selatan sebagai langkah pencegahan yang efektif terhadap COVID-19.

“Jika ia berterusan seperti ini, dengan jumlah pengangguran, apa yang akan timbul adalah masalah yang sangat serius yang akan mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.

“Brazil tidak boleh berhenti atau kami akan bertukar menjadi Venezuela.

“Sesetengah orang mahu saya diam, ikuti protokol…berapa kali doktor tidak mengikuti protokol? Mari kita hadapi virus dengan realiti, ia adalah kehidupan dan kita semua mesti mati satu hari nanti, ” katanya kepada wartawan di luar kediaman rasminya.

Pada bulan Mei, dua menteri kesihatan Brazil meninggalkan jawatan mereka dalam waktu sebulan setelah bertengkar dengan Bolsonaro mengenai penggunaan hidroksiiklorokuin sebagai rawatan koronavirus.

Gabenor Maranhão, Flávio Dino, menyalahkan jumlah kematian tinggi negara itu kepada presiden.

“Saya tidak ragu-ragu bahawa Bolsonaro sangat bertanggungjawab terhadap kadar mengerikan ini yang akan terus berkembang selama beberapa bulan,” katanya, menurut The Guardian.

 

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali