“Bruno, Bruno, Bruno. Dia Datang Dari Portugal Seperti Cristiano…”

Ketika Bruno Fernandes tiba ke Old Trafford, Manchester United merupakan sebuah pasukan yang sedang mengalami kemerosotan dan dikecam oleh penyokongnya sendiri.

United tewas 4 kali dari 7 perlawanan sepanjang bulan Januari dan kemuncaknya mereka tewas kepada Burnley 0-2 di halaman sendiri.

Fernandes hadir pada 30 Januari dan dia bermain pada 1 Februari selepas United menang dalam pertandingan Piala FA dan Piala Liga.

Debutnya bermula ketika menentang Wolveshampton Wanderers yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Walaupun perlawanan itu agak membosankan tetapi ia sebenarnya catatan pertama clean sheet sebelum ia dilebarkan menjadi 6 dari 8 perlawanan terakhir.

Berikut adalah keputusan Manchester United selepas kehadiran Bruno di liga.

  • S:  Man Utd 0-0 Wolves
  • M: Chelsea 0-2 Man Utd
  • M: Man Utd 3-0 Watford
  • S: Everton 1-1 Man Utd
  • M: Man Utd 2-0 Man City
  • S: Tottenham 1-1 Man Utd
  • M: Man Utd 3-0 Sheff Utd
  • M: Brighton 0-3 Man Utd

Keputusan semalam, menewaskan Brighton Have Albion 3-0 melalui 2 jaringan Bruno dan 1 dari Mason Greenwood meletakkan pasukan ini terus mengekalkan peningkatan positif sejak Februari.

Mereka kini berada di separuh akhir Piala FA dan bersaing kuat mencabar kedudukan ke-4 liga. Sama ada Chelsea atau Man Utd hilang rentak, salah satu daripada mereka akan kehilangan tempat bermain di Liga Juara-Juara.

Sudah pasti Chelsea sedar bahawa Manchester United sekarang jauh lebih baik dan hanya terlepas 6 mata dari 24.

Mengikut pencapaian dalam 8 perlawanan terakhir, United merupakan pasukan paling banyak mengutip mata, terikat dengan Wolves.

Hanya Liverpool mampu memotong kutipan mata itu jika mereka menang menentang Manchester City pada Jumaat ini.

Dengan hanya 1 pembelian pada pertengahan musim, Manchester United mengalami transformasi yang sangat drastik. Impaknya sangat mengejutkan.

“Fernandes hanya perlu bermain 10 minit dan saya akan memberinya pemain terbaik perlawanan.” kata bekas pemain antarabangsa England, Karen Carney di BBC Radio Live

“Dia sangat sempurna dan sangat istimewa untuk menontonnya bermain. Perbezaan yang dia buat terhadap Manchester United sukar dipercayai.”

“Saya fikir Manchester Unitd perlukan seorang penyerang tengah, bagaimanapun di bahagian tengah sudah menarik.”

“Fernandes sangat hebat dan saya kecewa apabila dia dikeluarkan.”

Dalam perlawanan semalam, Ole Gunnar Solskjaer mengeluarkan Fernandes selepas 64 minit permainan. Scott McTominay masuk menggantikannya selepas United selesa mendahului 3-0 dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Secara keseluruhan, sepanjang 12 perlawanan dalam semua pertandingan, United telah mencatat 8 kemenangan dan 4 kali seri. Mereka hanya bolos 4 kali.

Sejak ketibaan Fernandes, pemain ini telah terlibat dengan 6 gol dan 4 bantuan jaringan. United hanya dipisahkan 2 mata dengan Chelsea yang berada di kedudukan ke-4 dan 3 mata dibelakang Leicester City.

Kedudukan tempat ke-5 sudah cukup membawa United ke Liga Juara-Juara jika Manchester City digantung oleh Persatuan Bola Sepak Eropah.

“Kami berjuang untuk mendapat tempat ke Liga Juara-Juara dan kami tahu kami akan mencapainya.” kata Fernandes

“Mereka mempunyai sebab untuk berasa yakin kerana mereka bermain baik.” kata Soslkjaer kepada BBC Sport

“Bruno datang dan menjadi hebat. Dia membawa mentaliti kemenangan bersama-samanya. 99% tidak cukup baik – ia perlu 100%.”

“Saya gembira melihat mereka. Apabila melihat mereka mengekspresikan diri seperti itu.”

Okay, jom kita nyanyikan lagu untuk Bruno Fernandes

“Bruno, Bruno, Bruno,

“Came from Sporting like Cristiano,

“He goes left he goes right, makes defences look s***e,

“He’s our Portuguese magnifico!”

Baca yang lain