Bruno Fernandes: Saya Belajar Dari Quaresma, Dia Profesor Trivela!

Bruno Fernandes menjelaskan tentang hantarannya dengan gaya trivela dilakukannya dalam aksi separuh akhir kedua yang mencetuskan gol kedua untuk Fred.

Man United ketika itu sudah mendahului menerusi Anthony Martial.

Beberapa minit kemudian, United sekali lagi menjaringkan gol.

Kali ini Bruno Fernandes melakukan hantaran trivela yang sangat cantik kepada Marcus Rashford yang menggunkan kecepatan fikirannya untuk melorongkan kepada Fred.

Fred dengan mudah menolak masuk bola dalam keadaan gawang terbuka untuknya.

Manchester United mara ke final Piala Carabao menentang Newcastle yang sebelum ini menyingkirkan Southampton dalam satu lagi perlawanan.

Manchester United mencatatkan 12 kemenangan berturut turut di Old Trafford, menjadikan stadium keramat itu sebagai kubu kebal mereka sekali lagi.

Bruno Fernandes dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan. Fernandes menatatkan rekod 84% hantaran tepat dengan 82 sentuhan.

Selain itu dia juga mencatatkan rekod 89% kemenangan sebagai kapten Manchester United.

Bruno Fernandes musim lalu agak bergelut dengan prestasinya selepas musim yang memberangsangkan sebelum itu.

Tetapi musim ini, Fernandes kembali dengan rentak yang hebat di kakinya.

Pemain antarabangsa Portugal itu menjadi pemain penting Erik Ten Hag selepas dia dengan pantas sekali menyesuaikan diri dengan taktikal pengendali dari Belanda itu.

Selepas tamat perlawanan antara Manchester United dan Nottingham Forest, Bruno Fernandes kemudian ditanya tentang hantaran trivelanya kepada Fred. Dengan pantas Bruno Fernandes berkata dia belajar daripada rakan senegaranya iaitu Ricardo Quaresma.

Bruno Fernandes menjawab wartawan dengan berkata: “Saya belajar daripada Quaresma. Saya ada profesor yang hebat  [dalam bidang trivela] di Portugal.”

Quaresma merupakan pakar trivela. Pemain yang malas menggunakan kaki lemahnya dan bergantung kepada trivela geniusnya.

Quaresma malah pernah menjaringkan salah satu gol tercantik dengan cara trivela di Piala Dunia 2018 ketika menentang Iran.

Itulah dia Quaresma!

Fernandes kini akan meneruskan lagi misi Manchester United memburu piala pertama mereka selepas mencatatkan 5 musim kemarau piala sebelum ini.

Mereka juga masih dalam landasan persaingan untuk Liga Perdana Inggeris.

Erik Ten Hag menjadi pengurus kedua pasca Sir Alex Ferguson yang berjaya mara ke final pada musim pertama mereka. Dan kini berpeluang menamatkan musim ini dengan piala.

Baca yang lain