Cabaran India Membuka Semula Perkhidmatan Kereta Api Ketika Coronavirus Terus Meningkat

India telah membuka semula operasi sebahagian perkhidmatan kereta api ketika laporan kekacauan dan kesesakan tinggi di beberapa stesen.

Sekurang-kurangnya 145,000 orang akan melakukan perjalanan dengan mengunakan perkhidmatan itu sejak Isnin.

200 kereta api kini akan mula beroperasi, ditingkatkan 30 buah dari angka sebelumnya.

Social distancing  dan kebersihan social menjadi tugas yang sukar dilaksanakan kerana terdapat terlalu ramai orang berkumpul di luar beberapa stesen.

Rangkaian kereta api raksasa di India kebiasaanya membawa 25 juta penumpang setiap hari.

Kementerian dalam negeri telah mengeluarkan garis panduan (SOP) khusus untuk memastikan perkhidmatan ini berjalan lancar.

Mereka mengatakan semua penumpang perlu melalui proses pemeriksaan, social distancing mesti dipatuhi di semua stesen.

Hanya penumpang yang mengesahkan tiket akan dibenarkan melakukan perjalanan.

Terdapat beberapa stesen melaporkan insiden kacau bilau ketika para pegawai bergelut memastikan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri dipatuhi.

BBC Telugu melaporkan bahawa orang ramai berdiri terlalu dekat antara satu sama lain di dalam kawasan stesen kereta api Secunderabad, negeri Telangana Selatan.

“Kakitangan perkhidmatan dan polis tidak membenarkan penumpang masuk ke dalam stesen sekurang-kurangya 1 jam sebelum kereta api bergerak.”

“Langkah ini telah menyebabkan kekacauan berlaku di luar stesen kereta api kerana sebilangan besar penumpang telah berkumpul.” Kata Sharath Behara

Salman Ravi dari Delhi melaporkan social distancing yang ketat sedang dipatuhi ketika penumpang menaiki kereta api dan semua memakai topeng.

“Tetapi perkara yang sama tidak berlaku di kaunter tempahan tiket. Terdapat ramai orang yang tidak mempunyai tiket muncul di stesen dan menyebabkan pertambahan yang lebih dari yang sepatutnya.”

Perkhidmatan kereta api di India digantung dari operasi selepas Perdana Menteri, Narendra Modi mengumumkannya pada 24 Mac untuk menghentikan penyebaran coronavirus.

Langkah itu meyebabkan berjuta-juta pekerja yang menerima gaji harian terkandas ketika mereka berusaha untuk pulang ke kampong mereka dari bandar.

Sebilangan besar dari mereka memutuskan untuk berjalan kaki, sesetengah dari mereka perlu berjalan lebih dari 1,000 kilometer.

Ketika tekanan dan kritikan mula meningkat, pemerintah mula membenarkan operasi perkhidmatan kereta api secara khusus.

Hanya 30 buah kereta api dibenarkan beroperasi pada 12 Mei, sejak itu terdapat permintaan yang konsisten untuk membuka kembali meliputi lebih banyak laluan.

Membuka kembali perkhidmatan ini adalah sebahagian dari strategi pemerintah untuk membuka kembali sector ekonomi secara perlahan-lahan.

Berjuta-juta orang kehilangan pekerjaan dan kilang-kilang sedang bergelut membuka semula namun permintaan kepada barangan agak perlahan pada minggu-minggu mendatang.

Tetapi satu persoalan yang besar telah diajukan mengenai strategi tersebut ketika kes jangkitan coronavirus terus meningkat secara konsisten.

Pakar mengatakan jika SOP keselamatan tidak dipatuhi, keadaan akan menjadi lebih buruk.

Baca yang lain