Carlo ‘Nostradamus’ Ancelotti Sudah Ramalkan Final Itali-England Sebelum Sepak Mula Lagi

“Kalaulah aku ikut apa yang Don Carlo cakap, aku dah kaya raya menjelang final ini,” kata seorang warganet yang menyesal tidak bertaruh England dan Itali akan bertemu di final.

Sebenarnya, netizen tersebut ada melihat ramalan Ancelotti tentang final itu sebelum sepak mula Euro lagi.

Namun ketika itu dia hanya tergelak kerana tidak mungkin England dan Itali akan ke final bersama sama dengan adanya pasukan seperti Perancis mahupun Belgium.

Itali dan England masing masing menjadi juara kumpulan dengan 7 mata. Azzurri kemudian menewaskan Austria selepas masa ekstra dan menyingkirkan pasukan nombor 1 dunia, Belgium sebelum mengatasi Sepanyol dalam aksi separuh akhir – menerusi penentuan penalti.

Sementara itu, Three Lions mencatat kemenangan kuat 2-0 ke atas Jerman, kemenangan 4-0 yang dominan ke atas Ukraine. Melepasi cabaran getir dari Denmark dengan kemenangan 2-1 setelah masa ekstra.

Ancelotti sebelum kejohanan bermula menegaskan bahawa England akan ke final kerana adanya enam pemain Man Citty dan Chelsea dalam skuad mereka. Di mana motivasi daripada pemain pemain ini akan mempengaruhi pemain itu sendiri dan pasikan.

Ancelotti menyatakan harapannya tentang England: “Ada enam pemain yang kembali dari final Liga Juara-Juara, jumlah yang sangat penting untuk pertandingan ini. England dan Itali saya rasa akan beraksi di final – itu pandangan sayalah.”

Dan selepas tamat peringkat kumpulan dia menambah: “Saya mengatakannya sebelum Kejuaraan Eropah bermula lagi, dan saya mengulanginya sekarang: Saya hanya melihat England dan Itali di final.”

“Keputusan perlawanan pertama nampaknya menyokong ramalan saya. Saya harap ianya akan berakhir begitu.”

Dia juga memuji Itali, dengan mengatakan: ” Ini adalah kejutan yang luar biasa dan pada masa yang sama sesuatu yang bahru mereka jelmakan dalam kejohanan.”

“Ini kerana dia (Roberto Mancini) bermain bola sepak ofensif, tanpa banyak perkiraan, Itali memiliki organisasi pertahanan yang terbukti dan memiliki pemain muda yang sentiasa berlari dan bersemangat.”

Wenger turut memuji Itali era Mancini yang sangat berbeza dengan gaya permainan Itali klasik.

Dalam analisis beliau, Wenger berkata: “Kamu harus mengucapkan syabas kepada Mancini, dia membina semula pasukan ini.”

“Hakikatnya, kegagalan mereka mara ke Piala Dunia [2018] membolehkan beliau memberikan peluang kepada pemain pemain muda dan membina semula pasukan. Ini memberikan kamu lebih banyak masa untuk membina semula pasukan.”

“Pasukan ini lebih berteknikal, karakter berbeza berbanding dengan Itali yang tradisional.”

“Namun pasukan Itali beliau [Mancini] ini mampu untuk meletakkan diri mereka dalam sejarah bola sepak Itali kerana mereka efisien.”

“Mereka efisien ketika bertahan dan efisien ketika pergi menyerang. Mereka menyudahkan bola dengan sebaiknya.”

 

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil