CAS Bebaskan City Daripada Penggantungan Dua Tahun

Manchester City baru sahaja bebas daripada sebarang pertuduhan salah laku berkaitan dengan regulasi pelesenan kelab dan financial fair play UEFA.

Sebelum ini Manchester City dikenakan hukuman penggantungan dua tahun oleh UEFA selepas mereka didapati bersalah dalam FFP.

Kesalahan sebut dilakukan bermula sekitar 2014. Beberapa audit dilakukan semula oleh UEFA menerusi CFCB mendapati bahawa Manchester City melakukan pemalsuan dokumen tajaan.

Siasatan itu dibuka semula selepas sebuah laman web whistle blower iaitu Der Spiegel membocorkan dokumen tentang salah laku itu.

Hasil daripada siasatan semula UEFA mendapati Manchester City bersalah dan dijatuhkan hukuman tidak boleh bermain dalam kejohanan antara kelab Eropah selama dua musim bermula musim hadapan.

Manchester City sejak hari pertama menyatakan bahawa mereka tidak bersalah dan terus membawa kes tersebut ke mahkamah timbangtara sukan antarabangsa (CAS).

Manchester City menggunakan peluang yang diberikan oleh UEFA bagi mengemukakan rayuan.

Namun kes ini mengambil masa untuk diselesaikan kerana wabak yang melanda dunia membuatkan blog tahun di seluruh Eropah.

Semalam beberapa laporan di United Kingdom menyatakan bahawa rumusan tentang rayuan yang dikemukakan oleh Manchester City akan diketahui pada hari ini.

Dan sudah banyak media yang menyatakan mereka mendapat tahu bahawa Manchester City akan terlepas daripada hukuman tersebut.

UEFA dalam kenyataan mereka berkata:

“UEFA sudah sedia maklum akan keputusan yang diambil oleh Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, berkaitan hukuman ke atas Manchester City selepas dikenakan hukuman oleh badan bebas Club Financial Control Body / CFCB berkaitan pelesenan dan Financial Fair Play.”

Berdasarkan kenyataan oleh UEFA mereka dimaklumkan oleh CAS bahawa mereka kekurangan bukti konklusif untuk mendakwa Manchester City.

“UEFA difahamkan bahawa panel CAS mendapati kekurangan bukti konklusif untuk menguatkan semua hujah daripada CFCB dalam kes spesifik berkaitan dengan tuduhan salah laku dalam masa lima tahun.”

“Dalam beberapa tahun ini Financial Fair Play telah memainkan peranan yang sangat signifikan di dalam membantu dan melindungi kelab dari segi kewangan.”

“UEFA dan ECA akan kekal komited dengan perkara tersebut.”

Dengan kejayaan Manchester City membebaskan diri daripada hukuman oleh UEFA maka pasukan tersebut sah akan beraksi dalam liga juara-juara Eropah pada musim hadapan.

Ini berdasarkan kedudukan semasa mereka dalam Liga Perdana Inggeris.

Manchester City sekali lagi menyatakan bahawa mereka tidak pernah sesekali memalsukan angka tajaan.

Dengan keputusan oleh CAS ini ianya pasti menggembirakan pengurusan Manchester City yang sebelum ini risau impak daripada penggantungan ini akan membuatkan beberapa bintang mereka terpaksa dilepaskan termasuk Pep Guardiola.

Manchester City bebas.

Baca yang lain