Chelsea Bergelut Nak Jual Mount Dan Havertz Harga Tinggi

Chelsea kini berdepan dengan situasi rumit untuk menjual 2 pemain mereka pada harga tinggi.

Chelsea perlu mengurangkan bil gaji pemain mereka selepas berbelanja terlalu besar pada musim 2022/23.

Dan dua nama yang mereka jangkakan akan memberikan pulangan besar ialah Mason Mount dan Kai Havertz.

Mason Mount menjadi sasaran utama Man United. Namun Chelsea meminta sekitar £70 juta.

Namun pengurusan tertinggi Man United menganggap harga itu terlalu tinggi. Dan mereka tidak sanggup membayar lebih £60 juta untuk Mason Mount.

Membuatkan rundingan kini berada di fasa sukar. Mount berminat untuk menyertai Man United. Tetapi 2 kelab masih gagal mencapai kesepakatan harga.

Seterusnya, Kai Havertz menarik minat banyak kelab. Termasuk Real Madrid, Bayern Munich dan terbaru Arsenal.

Situasi juga sama dengan Mount. Di mana Chelsea meminta sekurang kurangnya £75 juta untuk pemain tersebut.

Akibat tanda harga yang terlalu tinggi, Bayern dan Real Madrid dilihat sudah mulai mengendurkan minat mereka ke atas Havertz.

Kemudian Arsenal pula berminat dengan Havertz. Namun kelab jiran mereka itu mersakan harga £75 juta untuk Havertz terlalu mahal.

Ini ditambah dengan Arsenal sekarang ini mengutamakan pembelian Declan Rice yang mungkin akan membuatkan Arsenal membayar £100 juta.

🚨 Arsenal have made proposal to sign Kai Havertz. Pursuit ramped up in recent days; contact with Chelsea & 24yo. #FCBayern also keen. 2yrs left so #CFC ideally renew/sell
#AFC planning formal offer to West Ham for Declan Rice soon @TheAthleticFC #WHUFC https://t.co/kV4wznmT5e

— David Ornstein (@David_Ornstein) June 14, 2023

Havertz menjadi pemain untuk dijual oleh Chelsea selepas komen terbukanya ke atas pemilik kelab Todd Boehly sebelum ini.

Di mana Havertz mempersoalkan pemecatan Tuchel oleh Todd Boehly.

Di pihak pemain, Kai Havertz berminat untuk menyertai Arsenal. Dan ianya dianggap boleh membantu dalam usaha Arsenal membuat tawar menawar dengan Chelsea.

Apa yang pasti Chelsea harus menjual beberapa pemain mereka untuk memastikan FFP mereka terkawal. Ini diburukkan dengan kegagalan mereka melayakkan diri ke mana mana pertandingan eropah musim hadapan terutama sekali UCL.

Baca yang lain