Chelsea Berminat Dapatkan Karim Benzema

Chelsea dikatakan berminat untuk mendapatkan Karim Benzema. Jika pemain itu sedia beraksi bersama dengan mereka.

Karim Benzema antara bintang terbaru yang mahu meninggalkan Arab Saudi dan kembali semula ke eropah.

Semalam Jordan Henderson menyertai Ajax dengan perjanjian 18 bulan. Setelah dia akui tidak gembira berada di Arab Saudi, hanya 6 bulan selepas bekas kapten Liverpool itu menyatakan dia mahu membantu membangunkan bola sepak Arab Saudi.

Karim Benzema sebelum ini hadir di Arab Saudi bak seorang putera raja. Diraikan dalam majlis sambutan yang meriah.

Benzema banyak isu ketika di Al Ittihad. Daripada isu dengan taktikal pengurus sehinggalah isu tidak menjadi kapten sebelum ini.

Kemudian baru baru ini dia terus meninggalkan pasukan tanpa memberitahu pegawai pasukan ketika mereka kalah 2-5 di tangan Al Nassr.

Benzema rupa rupanya sudah meninggalkan Jeddah dan ke luar negara.

Benzema tidak dapat kembali awal untuk latihan pertengahan musim kerana dia terperangkap di Mauritius. Berlaku taufan di negara tersebut.

Benzema memberitahu ejennya dia mahu pindah kembali ke eropah. Dengan Real Madrid merupakan destinasi pilihannya.

Namun ketika ini Real Madrid masih dalam langkah penjimatan setelah pembangunan semula Santiago Bernabeu. Real Madrid juga sedang berjimat untuk menampung kos bagi mendapatkan Kylian Mbappe musim hadapan.

Ada beberapa kelab lain lagi yang dikaitkan dengan Benzema. Ini termasuk Chelsea.

Beberapa minggu lalu, Mauricio Pochettino dengan terbuka menyatakan bahawa mereka harus menggunakan peluang pada Januari ini untuk membeli pemain bagi menguatkan pasukan.

Sambil menepis dakwaan bahawa Chelsea harus menjual pemain dahulu sebelum membeli.

Pochettino sebenarnya masih belum mendapatkan pemain yang dia mahukan sejak tiba di Chelsea. Pemain bintang yang ada adalah mereka yang ditandatangani sebelum kedatangan beliau atau pilihan pemilik.

Chelsea mencari pemain no.9 yang prolifik. Mereka dikaitkan dengan Victor Osimhen sebelum ini. Tetapi terpaksa melupakan pilihan itu kerana bintang Nigeria itu telah melanjutkan kontrak baharu dengan Napoli.

Chelsea mempertimbangkan pilihan untuk meminjam dahulu Benzema dari Al Ittihad.

Namun kelab Arab Saudi itu dikatakan tidak berminat untuk menjual atau meminjamkan Benzema pada pertengahan musim.

Pemenangn Ballon d’Or itu memiliki kontrak sangat luar biasa di Ittihad. Namun itu jelas masih bukan jaminan untuk dia merasa gembira beraksi di atas padang.

Baca yang lain