Chelsea Dah Letak Harga Cuci Gudang, Namun Milan Masih Mahu Nego Lagi Untuk Pulisic

Sebelum ini AC Milan dilaporkan berminat mendapatkan Lukaku. Namun mereka tidak dapat memenuhi permintaan harga €40 juta untuk pemain itu.

Milan dilaporkan bergelut untuk membayar £35 juta / €40 juta untuk seorang pemain kerana situasi kewangan mereka kurang mengizinkan. Walaupun mereka menjual Sandro Tonali €60 juta ke Newcastle.

Milan tidak ada pilihan untuk meminjam Lukaku, kerana Chelsea tidak mahu lagi perjanjian pinjaman untuk pemain itu. Di mana Lukaku musim lalu dipinjam Inter Milan.

Janji awalnya, Inter mahu meminjam Lukaku 2 musim sebelum membelinya secara tetap. Namun kena scam, apabila Inter merasakan ianya satu kerugian.

Inter memulangkan semula Lukaku ke Chelsea.

Pemain itu benar benar mahu bermain untuk Inter Milan. Dan dia memiliki peluang untuk terus tinggal di Milan dengan menyertai musuh setempat Inter iaitu AC Milan.

Malangnya, AC Milan gagal memenuhi permintaan harga itu setakat ini. Mereka perlu menjual beberapa pemain  lagi untuk melakukannya.

Seterusnya, Milan sudah berjaya memujuk Chelsea menjual Ruben Loftus Cheek dengan harga £17 juta.

Kini mereka mahukan Pulisic dengan harga serendah £12 juta sahaja daripada kelab England itu.

Harga itu dianggap terlalu rendah oleh Chelsea yang mahukan sekurang kurangnya £17 juta /€20 juta untuk pemain tersebut.

AC Milan berdolak dalik dan menyatakan tawaran mereka mungkin muktamad. Memandangkan pemain itu sudah menyatakan dia mahu menyertai Milan sebelum ini.

Pulisic dibeli dari Dortmund dengan nilai £58 juta pada 2019. Pemain itu tersedia untuk dijual kerana Chelsea sarat dengan bakat baharu di posisi serangan terutama di bahagian sayap.

Lagipun Pulisic berdepan masalah konsistensi sejak menyertai Chelsea. Namun bersama skuad kebangsaan dia kerap cemerlang.

Kini Chelsea berkeras mahukan £17 juta yang dianggap harga rahmah. Harga jualan cuci gudang selepas mereka menerima tawaran lebih rendah daripada tanda harga asal mereka letakkan untuk pemain seperti Kai Havertz, Kovacic, Kalidou Koulibaly, serta sedang dalam proses menjual Mount dengan harga diskaun ke Man United.

Chelsea menegaskan bahawa tawaran £17 juta itu adalah sudah cukup murah berbanding sasaran mereka sebelum ini yang menjangkakan akan mendapat sekitar £25-30 juta untuk pemain itu.

Kini Milan cuba bermain harga.

Tetapi masalah kini berlaku, Milan berpotensi kehilangan Pulisic kepada Lyon. Ini selepas kelab Perancis itu setuju dengan tanda harga £17 juta diletakkan Chelsea sebagai sangat munasabah. Memandangkan pemain itu baru berusia 24.

Kelab Lyon itu sedia membayar sehingga £20 juta berserta bonus untuk pemain tersebut.

Adakah Milan akan melepaskan peluang mendapatkan Pulisic yang dilaporkan sudah setuju syarat peribadi dengan mereka?

Peminat AC Milan menggesa kelab mereka segera mendapatkan Pulisic. Mereka turut meminta penjelasan bagaimana kelab itu tiba tiba ‘miskin’ sehingga menjual pemain utama seperti Tonali sedangkan mereka menamatkan saingan Serie A sebagai juara pada 2 musim lalu. Mereka kembali semula ke UCL dan tidak berbelanja besar pada pemain.

Mereka hanya melanjutkan kontrak pemain bintang seperti Leao dan yang lain.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali