Manchester City Akan Memiliki Had Perbelanjaan Besar

Manchester City berjaya memenangi treble, bermakna mereka akan mendapat hadiah maksimum daripada bonus pertandingan.

Kemudian hak penyiaran yang tinggi di EPL dan di UCL.

Dengan penjualan beberapa pemain pada jendela perpindahan sebelum ini, Manchester City kini memiliki had perbelanjaan paling tinggi dalam sejarah, sejak peraturan FFP diperkenalkan.

Kejayaan Man City dalam beberapa musim ini akan membuatkan mereka membina struktur kewangan yang lebih kukuh.

Dan mereka boleh menggunakan budget yang ditetapkan oleh UEFA untuk membeli pemain pemain yang mereka suka. Dengan had FFP yang sangat tinggi.

Musim lalu, Man City berjaya menjual pemain dengan pulangan £193 juta. Dan ia digunakan untuk mengimbangi perbelanjaan keluar menerusi pembelian pemain seperti Erling Haaland, Kalvin Phillips, dan Julian Alvarez. Daripada jual beli pemain sahaja Man City mencipta keuntungan bersih sebanyak £63 juta.

Dan pada jendela perpindahan kali ini mereka masih dikaitkan dengan aktiviti penjualan pemain seperti Joao Cancelo, Aymeric Laporte, Bernardo Silva, Riyad Mahrez, malah Kyle Walker.

Di bawah peraturan kewangan UEFA, kelab dibenarkan untuk membelanjakan 70% daripada pendapatan mereka ditambah dengan hasil penjualan pemain – yang turut melibatkan nilai perpindahan, gaji pemain dan bayaran ejen.

Pada 2021/22, Man City meraih keuntungan sekitar £619 juta.

Kejauaan meraih treble musim ini akan membolehkan mereka meraih sekitar £294 juta lagi.

Jadi jika mereka jadi beli Rice dan Gvardiol dengan nilai £100 juta setiap seorang dan kemudian Kovacic £30 juta, mereka masih ada baki £64 juta daripadanya.

Bermakna setakat ini mereka meraih £913 juta dalam 3 tahun terakhir. Dan kos gaji mereka ketika ini sekitar £354 juta.

Jadi secara bersih mereka ketika ini berada di paras £559 juta.

Berdasarkan formula 70% daripada keuntungan untuk dibelanjakan. Bermakna mereka boleh menggunakan sekitar £391 juta untuk pembelian pemain. Ini adalah angka anggaran pada ketika ini. Kerana akaun pasukan mereka akan sentiasa bergerak dan meraih beberapa pendapatan lagi.

Jadi Man City memiliki kuasa yang sangat besar untuk dibelanjakan pada jendela perpindahan. Jika mereka berjaya menjual beberapa pemain lagi dengan harga mahal, ianya akan mengukuhkan lagi kedudukan kewangan dan kuasa mereka dalam dana perpindahan.

Maka tak hairanlah Man City masih dikaitkan dengan beberapa pemain bintang lagi termasuk Josko Gvardiol, Kovacic.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali