Conor McGregor Umum ‘Comeback’ Terbaik Sepanjang Zaman Dalam UFC Adalah Miliknya Pada 2024

Conor McGregor akhirnya mengumumkan bahawa dia akan membuat kemunculan semula dalam aksi UFC pada 2024. Dia menggelarkan comeback itu sebagai yang terbaik sepanjang zaman.

Dia sudah pun mengumumkan bahawa dia akan melawan Michael Chandler pada Jun depan.

Pengumuman itu dikongsikan di media sosialnya. Bintang MMA Ireland itu mengumumkan maklumat tentang lawannya dan tarikh pertarungan pada hari pertama tahun baru 2024.

“Tuan-tuan dan puan-puan, selamat tahun baru kepada anda. Saya gembira untuk mengumumkan tarikh kepulangan semula saya, ‘the Notorious’ Conor McGregor,” katanya dalam video sambutan tahun barunya.

“Kemunculan semula [comeback] terbaik sepanjang zaman, akan berlangsung di Las Vegas, pada acara International Fight Week pada 29 Jun. Dan lawannya ialah Michael Chandler. Dia mempunyai berat 185 paun,” kata bekas juara kelas ringan dan bengkung kejuaraan UFC itu.

Kali terakhir Conor McGregor bertarung adalah pada 2021. Dia tewas dalam pertarungan dengan Dustin Poirier di Las Vegas.

McGregor sendiri mempunyai rekod 22 kemenangan dan 6 kekalahan dalam MMA. Salah satu kekalahannya datang daripada pertarungan epik dengan Khabib Nurmagomedov, dalam pertarungan di Las Vegas pada 2018.

Conor McGregor sendiri adalah salah seorang petarung legenda dalam UFC. Dia menjadi petarung pertama yang menggabungkan dua gelaran featherweight dan lightweight dalam UFC.

Namun popularitinya selepas itu kian pudar kerana terlalu banyak trash talk untuk menjual pertarungan. Sehinggakan ada yang dianggap melampau.

McGregor turut pernah bertarung di gelanggang tinju melawan Floyd Mayweather di mana dia kalah.

Baca yang lain