Antonio Conte telah mengakui prospek Tottenham untuk layak ke Liga Juara-Juara adalah satu jenaka apabila dia mengambil alih jatawan pengurus ketika menju pertengahan musim ini.
Ini kerana ketika itu Spurs berdepan dengan banyak masalah. Termasuk isu pemain yang berdepan krisis keyakinan depan gol iaitu Harry Kane. Yang mungkin pada masa itu agak terganggu selepas gagal ke Man City.
Kehadiran Conte berjaya membangkitkan semula semangat Harry Kane.
Spurs ketinggalan dua mata daripada empat teratas selepas kekalahan 3-0 kepada Manchester United pada Oktober yang membawa kepada pemecatan bekas bos Nuno Espirito Santo.
Conte tiba beberapa hari kemudian dan telah menghidupkan semula harapan kelab tersebut untuk ke UCL. Conte yang sebelum itu dikaitkan dengan Man United, telah disambar oleh Spurs.
The Lilywhites kini hanya memerlukan satu mata pada hari terakhir musim ini di Norwich yang sudah pun diturunkan pangkat untuk memastikan kembali ke Liga Juara-Juara Eropah selepas dua musim tidak menyertai pertandingan.
Dan Antonio Conte berkata dia hanya mampu tergelak jika pengerusi Daniel Levy memintanya untuk mencapai empat teratas sebaik tiba di Spurs.
Dia berkata: “Daniel tidak bertanya kepada saya apa-apa. Dia hanya bertanya kepada saya bagaimana kita mahu melakukannya, dengan saya bertanggungjawab, bagaimana kita boleh memperbaiki keadaan. Bukan sasaran.”
“Tetapi saya fikir dia sangat tahu bahawa saya seorang yang bercita-cita tinggi dan saya mahu mencuba dalam setiap situasi untuk berada di atas, untuk berjuang untuk ini.”
“Tetapi dia tidak bertanya kepada saya apa-apa. Ini sangat, sangat jelas kerana jika kamu meletakkan saya sasaran [untuk mara ke UCL] maka saya tahu bahawa pada masa itu ia sangat sukar.
Antonio Conte dilaporkan akan memperoleh bonus £2.5 juta jika Tottenham mengesahkan bola sepak Liga Juara-Juara.
Itu bukti bahawa Spurs menganggap untuk ke UCL adalah perkara yang sangat sukar.
“Ia pasti satu tempoh yang sukar. Yang pasti, jika dia (Levy) bertanya kepada saya, ‘Saya mahu pergi ke Liga Juara-Juara’, pada masa itu, untuk bersikap realistik, saya boleh memberitahunya hanya satu perkara: ‘Adakah awak sedang buat kelakar?’
Seterusnya Conte menyatakan bahawa Manchester United adalah punca kenapa harapan UCL Spurs musim ini masih dalam jangkauan mereka. Ini kerana Man United telah terlepas ke UCL kerana prestasi tidak menentu mereka.
Jika dinilai dari segi skuad, Conte mengiktiraf United sebagai salah satu pasukan dari kalangan 4 pasukan terkuat di EPL.
“Ini adalah kebenaran kerana kita bercakap tentang England, situasi dalam liga ini yang sangat, sangat sukar, kerana terdapat empat pasukan terkuat di sini. Jika Manchester United [yang merupakan salah satu daripada 4 pasukan teratas ini] meneruskan prestasi cemerlang mereka musim ini, ia akan menjadi sangat sukar untuk masuk ke dalam kelompok UCL.”
'If Man Utd doesn't MISS the season it was very difficult for us to fight for a place in UCL!' | Conte pic.twitter.com/D2UpBfrFyy
— BeanymanSports (@BeanymanSports) May 13, 2022
“Pada masa sama saya cuba lakukan ini kerana saya suka meletakkan sasaran besar, bukan sasaran minimum. Saya kenal diri saya sendiri, saya tahu kemampuan diri saya dan saya perlukan cabaran ini untuk memberikan yang terbaik.”
“Jika anda masih ingat dalam sembilan perlawanan terakhir, sebelum sembilan perlawanan terakhir, saya berkata sekarang kami bersedia untuk berjuang untuk merebut tempat dalam Liga Juara-Juara Eropah, kami berada dalam perlumbaan ini.”
“Saya tidak pernah menyatakannya sebelum ini tetapi saya berkata ia adalah satu keajaiban untuk sampai ke sana, dan saya berkata, kita mesti berjuang untuk mendapatkan tempat dalam kejohanan UEFA [UEL atau UECL].”
“Tetapi dalam sembilan perlawanan terakhir, kami memahami sesuatu telah berubah dalam setiap orang, saya memberi tekanan kepada diri sendiri dan saya menolak mereka, saya memberi tekanan kepada pemain saya dan kami di sini untuk bercakap mengenai sasaran penting untuk kelab kami.”