Crashgate: Kemalangan Nelson Piquet Jr. Di Singapura Rupanya Satu Konspirasi Agar Alonso Menang

Satu kemalangan melibatkan Nelson Piquet Jr. dalam Grand Prix Singapura pada September 2008. Ketika itu semua media bersimpati dengan Nelson Piquet yang terpaksa berlari keluar takut keretanya terbakar.

Kemalangan itu berlaku pada pusingan ke-14. Kemalangan yang membuatkan kereta keselamatan (safety car) mengambil alih trek sementara petugas litar membersihkan serpihan.

Perlumbaan ini akhirnya dimenangi oleh rakan sepasukan beliau Fernando Alonso. Pada awalnya, Piquet memberitahu ada sedikit kesilapan yang membuatkan kemalangan ini berlaku.

Namun tidak lama selepas itu, penyiasatan ke atas kemalangan ini dilakukan. Ia prosedur biasa.

Tetapi awalnya siasatan gagal membuktikan ada sebarang ‘kecurangan’ berlaku dalam kemalangan ini. Sebaliknya selepas Nelson Piquet sendiri tampil mendedahkan ada skandal setahun selepas itu. Ianya kemudian digelar skandal Crashgate.

Skandal Terbongkar

Pada 3 Ogos 2009, selepas Grand Prix Hungary, Renault telah menyingkirkan Piquet daripada pasukan. Alasan mereka adalah, tiada persefahaman lagi di antara Renault dan Nelson Piquet.

Namun Briatore telah melarang Nelson menyertai mana-mana pasukan F1 yang lain selepas itu. Tindakan menyingkirkan Nelson Piquet Jr itu lebih kepada kerana Renault bengang selepas ayahnya, Nelson Piquet Senior.

Piquet Sr. tidak berpuas hati dengan kedudukan anaknya dalam kem Renault. Masa depan Nelson Piquet Jr. tidak menentu dan kemungkinan akan gagal mendapatkan kontrak baru.

Lalu, Nelson Piquet Sr. memberitahu yang anaknya mahu membuat kenyataan media tergempar berkenaan dengan insiden yang berlaku pada GP Singapura pada 2008.

Nelson Piquet Jr. telah mendedahkan perkara berikut kepada pihak FIA:

  • Nelson diminta oleh Pengetua Pasukan, Flavio Briatore dan Pengarah Teknikal, Pat Symonds untuk sengaja mencipta kemalangan supaya memberikan kelebihan kepada Fernando Alonso
  • Symonds meminta Nelson untuk mengorbankan perlumbaan beliau supaya perlumbaan diambil alih oleh kereta keselamatan
  • Symonds memberikan satu pelan cadangan agar Nelson Piquet ‘kemalangan’ pada pusingan ke 13 ataupun 14
  • Briatore dan Symonds memberitahu kawasan dan bila perlunya berlakunya kemalangan itu

Symonds memberitahu bahawa taktik itu untuk membantu Alonso memenangi perlumbaan tersebut. Nelson Piquet sangat terkejut pada awalnya dengan arahan itu.

Ini kerana, ianya berisiko da boleh meragut nyawa. Ayahnya memberitahu Nelson Pique Jr. menggigil selepas melakukan perkara gila itu.

Nelson bersetuju melakukan perkara itu kerana dia mahu meneruskan karier bersama pasukan Renault. Namun selepas itu dia mendapat tahu yang masa depannya dengan Renault tetap goyah.

Nelson juga diminta untuk Briatore untuk tidak sesekali membincangkan hal itu dengan sesiapa sahaja dan hanya 3 orang sahaja yang tahu, Briatore, Symond dan Nelson Piquet Jr. Tetapi beliau telah memberitahu ayahnya akan hal itu.

Siasatan Terperinci

FIA memanggil Piquet dalam beberapa siasatan berasingan untuk memastikan kenyataan itu benar. Dalam satu kenyataan beliau, Piquet Jr. berkata:

“Selepas diarahkan untuk sengaja membuatkan kereta hilang kawalan pada pusingan yang telah ditetapkan. Ia bukan sukar, saya hanya perlu menekan minyak sekuat hati dan memulas stereng dengan kasar. ”

“Saya perlu memastikan kereta saya berpusing-pusing. Kemudiannya saya perlu melanggar tembok konkrit itu dengan kuat supaya serpihan kereta itu mengganggu perlumbaan dan kereta keselamatan mengambil alih.”

Kenyataan Piquet Jr. itu dianalisis dengan bukti rakaman video perlumbaan. Dengan teknologi yang canggih. Pihak FIA dapat melihat kelakuan pelik Piquet Jr.  itu menerusi kamera pada kereta dan laporan kelajuan yang dihantar terus ke komputer ketika perlumbaan.

Dan memang jelas, Nelson Piquet melakukan kesilapan yang tidak akan pernah sesekali dilakukan oleh pemandu profesional F1.

Nelson Piquet Jr. sedar perbuatannya itu melanggar semangat kesukanan dan keadilan dalam sukan F1. FIA pada mulanya tidak dapat akses kepada perbualan radio pasukan Renault.

Namun akhirnya mereka mendapat transkrip perbualan di antara pegawai dan pemandu. FIA kemudian memanggil Nelson Piquet Jr, Briatore dan Symonds untuk menjelaskan tentang skandal itu.

Walaupun pada masa tu Fernando Alonso menang, tetapi dia bukan juara musim tersebut. Di mana dia hanya menamatkan saingan di tangga keempat.

Lewis Hamilton menjadi juara dengan beza 1 mata sahaja daripada Felipe Masa.

Symonds Menafikan

Symonds memberitahu dia lupa apa yang beliau katakan kepada Nelson Piquet Jr. kerana ia sudah terlalu lama. Symonds kemudian ditanya, adakah beliau menjadi perancang kepada kemalangan itu. Symonds menjawab:

“Saya tidak mahu menjawab soalan itu. ”

FIA bertanya sama ada beliau tahu akan pertemuan Nelson Piquet Jr. dengan Briatore, di mana pertemuan itu adalah pembentangan ‘peta’ pelan untuk kemalangan itu. Symonds enggan menjawab soalan itu juga:

“Saya tidak mahu menjawabnya. Buat apa saya nak jawab, atau cuba mengingatinya kerana Nelson nampaknya lebih banyak benda yang dia nak cakapkan.”

Piquet kemudian tampil dengan kenyataan yang konsisten tentang di mana perbicaraan itu diadakan, bila dan di pusingan mana kemalangan itu harus berlaku.

Symonds sekali lagi enggan memberikan komen tentang kenyataan pihak Piquet. Symonds memberitahu dia tidak tahu akan ada perancangan khas untuk mengadakan kemalangan itu.

Beliau hanya menjalankan tugas seperti biasa. Siasatan FIA mendapati pusingan kereta pada kemalangan itu memang sengaja dilakukan. Symonds bengang dan berkata

“Saya tidak pernah bercakap dengan Nelsinho (Nelson) tentang benda itu. Dia tak pernah jumpa saya tentang perjumpaan dia dengan Flavio. ”

“Ya Tuhan! apa lagi nak saya katakan, adakah saya yang menyebabkan kemalangan itu? Adakah saya yang akan menang kerana kemalangan itu dan diperbaharui kontrak kerana melakukan benda itu?”

Hasil Siasatan Dan Pengakuan Symonds

Renault didapati bersalah begitu juga dengan Nelson Piquet Jr. Renault dikenakan ‘probation’ selama 2 tahun. Jika dalam tempoh itu mereka melakukan kesalahan yang sama iaitu merancang keputusan perlumbaan, mereka akan disingkirkan terus daripada Formula 1.

Pat Symonds akhirnya mengakui dia terlibat dalam skandal itu setelah beberapa hujah gagal dipatahkan beliau. Symonds digantung 5 tahun.

Piquet dibenarkan untuk kembali berlumba dengan mana-mana pasukan. Namun hukuman paling berat adalah kepada pengetua legenda mereka, Flavio Briatore yang digantung seumur hidup.

Tidak ada sebarang pengakuan dikeluarkan oleh Briatore tetapi cukuplah dengan kenyataan Symonds selepas itu yang mengakui dia terlibat dalam skandal yang dirancang oleh Briatore. Nelson Piquet kemudiannya berjaya menang saman ke atas Renault.

Fernando Alonso bebas daripada sebarang pertuduhan dan tidak dapat disabitkan dengan kesalahan. Beberapa pemandu F1 lain merasakan Alonso tahu akan skandal itu.

Imej Formula 1 Calar

Skandal Crashgate ini adalah yang ke-3 dalam tempoh 3 tahun ketika itu selepas insiden Spygate melibatkan Ferrari dan Skandal McLaren melibatkan Lewis Hamilton pada 2007.

Reputasi Nelson Piquet rosak kerana insiden itu. Eddie Irvine hairan kerana sampai ada pelumba yang sanggup menerima tugasan ‘meletuskan diri sendiri’. Ianya sangat berisiko.

Risiko itu bukan sahaja kepada dirinya malah kepada penonton, pelumba lain dan petugas keselamatan litar.

Sukan F1 terus calar imejnya kerana semakin banyak insiden yang menunjukkan semua pihak sanggup melakukan apa sahaja, membayar apa sahaja kos dan risiko untuk menang.

Selepas itu, banyak insiden mengatur perlumbaan dilakukan termasuk mengarahkan pelumba kedua memberikan laluan kepada pelumba utama menang dalam perlumbaan seperti yang diarahkan kepada Barichello satu ketika dahulu.

Ini yang menjadikan sukan Formula 1 semakin hilang peminat kerana semakin ramai melihat persaingan dalam sukan ini kerapkali ada isu intergriti.

Nelson Piquet gagal mendapatkan tempat dalam Formula 1. Pelumba yang sangat berbakat tetapi karier hancur awal. Piquet kemudian menjadi pemandu kereta Nascar.

Sumber

1. The Guardian

2. ESPN

3. F1 Fanatics

4. MDF1

 

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan