Dari Yang Pertama Sokong Ole, Kini Ferdinand, Legenda Yang Pertama Mahu Ole Lepaskan Baton

Rio Ferdinand sebelum ini menjadi legenda pertama yang mahukan Man United memberikan kontrak tetap kepada Ole Gunnar Solskjaer dalam satu video ikonik sambil menggosok tangan.

Ferdinand sangat lantang menyokong Ole, sejak Ole menjadi interim menggantikan Jose Mourinho pada Disember 2018.

Ferdinand malah pernah pergi berkofrontasi sendiri dengan penyokong Man United yang melancarkan kempen Ole Out.

Namun kini, Ferdinand menjadi legenda pertama yang secara rasminya mahu Ole menyerahkan baton kepada orang lain. Ayat lapik untuk meminta Ole meletak jawatan.

Ini selepas Man United tewas dua perlawanan tanpa balas di tangan dua musuh tradisi mereka, Liverpool dan Man City.

Kekalahan yang menguatkan lagi tekanan di bahu Ole selepas beberapa keputusan kurang memberangsangkan sebelum ini.

Ferdinand mempersoalkan, di mana DNA dan falsafah bola sepak Man United di bawah Ole?

Dalam siaran terbaru episod Vibe With Five Podcast, Ferdinand berkata: “Aku tengok kat team kita tiap tiap minggu. Nak tahu apa yang mereka akan lakukan.”

“Malangnya, aku masih tak nampak apa pun, mana falsafah, mana identiti gaya United bermain. Semua itu bermula daripada pengurusa.”

“Aku sekarang ni duduk kat sini sambil penuh kekeliruan.”

Seterusnya, Ferdinand menyatakan, dia sama seperti peminat Man United yang lain, sangat teruja dan terangsang ketika jendela perpindahan.

“Bila korang tengok apa yang berlaku dalam jendela perpindahan, kita semua duduk di sini teruja nak mampos.”

“Aku imbas balik pandangan aku dulu. Ole masa tu dibawa masuk, aku rasa, dia berjaya meyakinkan kita bahawa dia mampu membawa kita bangkit semua.”

“Detik di mana kitorang semua rasa dia telah membina semula asas ke dalam pasukan ini. Pada awa musim ini, kita semua melihat keadaan dengan berkata: Yes! Macam tu la,” kata Ferdinand merujuk kepada kejayaan United meyakinkan Cavani terus kekal, kemudian mendapatkan Jadon Sancho, diikuti Varane, dan paling gila adalah kejayaan membawa pulang Cristiano Ronaldo.

Ferdinand kemudian mengakui sebenarnya dia ada perasaan kurang yakin dengan kemampuan Ole.

“Tapi jauh di sudut hati, aku selalu skeptikal sikit tentang kemampuan dia untuk membawa kita kembali menjuarai liga. Aku tak pasti dan tak yakin sekarang ni, namun aku harap dia akan berjaya melakukannya.”

“Tapi, apa yang aku lihat musim ini, persembahan pasukan kita, aku cuba rasa, mungkin, sekarang ini adalah masa terbaik untuk menyerahkan baton kepada orang lain yang mampu membawa kita naik semula.”

“Aku berpendapat, Ole boleh meninggalkan kita dengan rasa bangga. Dari mana dia membawa kita, pada awal musim ini, segalanya positif.”

Baca yang lain