David Beckham Nafi Jadi Duta Qatar Dalam Rundingan Pengambilalihan United

Legenda sejati Manchester United, David Beckham tidak tahu menahu dari mana cerita bahawa dia menjadi duta pihak Qatar dalam usaha pengambilalihan Man United dari Glazer.

Sebelum ini terdapat laporan menyebut bahawa Sheikh Jassim memberikan jawatan khas kepada Beckham untuk menjadi duta mereka Yayasan 92 yang masih berusaha membeli Manchester United.

Dan ianya dikatakan telah membantu meningkatkan lagi peluang konsortium dari Qatar untuk memenangi hal pemilikan Manchester United.

Beckham sebelum ini menjadi duta promosi Piala Dunia Qatar 2022. Namun dia menafikan penglibatannya kali ini bersama kem Sheik Jassim.

“Setakat ini tiada rundingan langsung untuk saya menjadi duta pihak Qatar dalam usaha membeli Manchester United. Saya ada hubungan yang sangat lama dengan Qatar kerana dulu saya pernah bermain untuk PSG.”

“Ada pihak cuba membuat kaitan tentang dua perkara tersebut,” tegas pemilik Inter Miami itu.

Glazer masih lagi merumitkan rundingan penjualan Manchester United walaupun mereka mengiklankan kelab itu untuk dijual sejak November tahun lalu.

Beberapa pembida telah menarik diri dan akhirnya dilaporkan tinggal Sheikh Jassim dan Sir Jim Ratcliffe. Namun begitu Sir Jim Ratcliffe sudah semakin menyampah dengan Glazer dan mahu menarik diri.

Glazer masih berkeras meletakkan harga Man United sebanyak £6 billion. Pihak Qatar masih percaya tawaran terakhir mereka £5 billion lebih itu sebagai tawaran terbaik.

Baca yang lain