David Raya Sertai Spurs Kerana Mahu Menang Trofi

David Raya dengan terbuka menyatakan bahawa tujuan dia mahu menyertai kelab lebih besar seperti, Tottenham Hotspur.

Penjaga gol Brentford itu menyatakan bahawa dia mahu memenagi trofi dan bermain di peringkat Eropah.

Menurut Fabrizio Romano, penjaga gol itu sudah mencapai kesepakatan terma peribadi dengan Spurs.

Dan kini kedua dua kelab sedang berunding tentang harga pemain itu.

Spurs mencari pengganti jangka masa panjang untuk Hugo Lloris yang sudah berada di fasa akhir kariernya.

David Raya dianggap menepati ciri ciri terbaik untuk mengisi kekosongan itu.

Spurs sedia membayar £30 juta untuk pemain tersebut pada jendela perpindahan kali ini. Dalam usaha Ange Postecoglou menguatkan pasukannya.

Namun Raya mengakui kelabnya berhak untuk menentukan harganya.

Raya berkata:“Saya akan sentiasa berasa dekat dengan [Brentford]. Menjadi sebahagian daripada promosi ke Liga Perdana adalah sesuatu yang tidak akan saya lupakan.”

“Saya tahu ada khabar angin tentang saya pergi. Terdapat beberapa pilihan untuk saya pergi tetapi jelas Brentford meminta banyak wang [untuk perpindahan tersebut].”

“Itu boleh menyebabkan kelab tidak mahu membeli saya, ia boleh membuatkan mereka mencari tempat lain.”

“Tetapi jika itu nilai yang mereka berikan kepada saya maka itu terpulang kepada mereka. Saya mempunyai baki setahun dalam kontrak saya dan sehingga itu saya adalah pemain Brentford, tiada apa yang boleh saya lakukan.”

Tetapi walaupun menjelaskan bahawa Bees memegang kuasa ke atas masa depannya, apa yang dikatakan Raya jelas membayangkan dia mahu menyertai Spurs.

“Saya mempunyai cita-cita untuk mengorak langkah seterusnya dalam kerjaya saya. Saya mahu cuba memenangi trofi dan bersaing di Eropah dalam beberapa tahun akan datang.”

“Saya berusia 27 tahun sekarang dan saya rasa saya berada di titik dalam karier saya apabila saya mahu membuat langkah itu. Terdapat pilihan di luar sana tetapi ia bukan sekadar cita-cita saya, kelab juga perlu melepaskan saya.”

Selain David Raya, Spurs turut berminat mendapatkan Jadon Sancho untuk membantu Harry Kane dan Son Heung Min di barisan serangan.

Baca yang lain