De Gea Titip Ucapan Perpisahan Penuh Emosional

David De Gea rasminya meninggalkan Manchester United selepas kariernya selama 12 tahun di kelab itu.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh De Gea, dan kemudian kelab Man United.

De Gea menulis ucapan penuh emosi:

“Saya hanya mahu menghantar mesej perpisahan ini kepada semua penyokong Manchester United.”

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak berbelah bahagi dan penghargaan atas kasih sayang selama 12 tahun lamanya.”

“Banyak yang kita capai sejak Sir Alex Ferguson yang saya sayangi membawa saya ke kelab ini.”

“Saya berasa bangga setiap kali saya memakai baju ini, untuk mengetuai pasukan ini, untuk mewakili institusi ini, kelab terbesar di dunia, ini adalah penghormatan yang hanya diberikan kepada beberapa pemain bola sepak yang bertuah.”

“Ia adalah tempoh yang tidak dapat dilupakan dan berjaya sejak saya datang ke sini. Saya tidak menyangka daripada meninggalkan Madrid sebagai budak yang masih muda, kita akan mencapai apa yang kita lakukan bersama-sama.”

“Kini, masa yang sesuai untuk menyahut cabaran baharu, untuk mendorong diri saya semula dalam persekitaran baharu.”

“Manchester akan sentiasa di hati saya, Manchester telah membentuk saya dan tidak akan meninggalkan saya.”

“Kita telah menyaksikan segalanya. 🤘🏼❤️”

Sebelum ini De Gea memang sudah bergelar ejen bebas sebaik sahaja kontraknya tamat pada akhir Jun 2023.

Namun Man United masih cuba berunding untuk memberikan kontrak baharu kepada penjaga gol itu sebagai langkah berjaga jaga jika mereka tidak berjaya mendapatkan pengganti De Gea pada jendela perpindahan kali ini.

Mereka juga merasakan De Gea lebih daripada cukup bagus untuk menjadi pemain simpanan jika United mendapatkan pemain seperti Onana.

De Gea menyertai United pada 2011 dari Atletico Madrid. Dan dia membuat 545 penampilan untuk kelab tersebu.

Pada musim lalu, musim 2022/23, De Gea memecahkan rekod Peter Schmeichel sebagai penjaga gol United paling banyak clean sheets dalam semusim.

Rekod yang membantunya meraih anugerah Sarung Tangan Emas EPL 2022/23.

Namun Ten Hag ternyata masih memerlukan penjaga gol yang benar benar bagus mengendalikan bola dengan kaki.

De Gea adalah shot stopper klasik. Dia bergelut dalam aspek hantaran pendek dan juga berdepan high pressing.

Namun itu tidak akan menafikan status legenda beliau bersama Man United.

Man United menghargai De Gea dengan video khas:

Baca yang lain