Declan Rice Yakin Akan Julang Trofi UCL Dan EPL Bersama Arsenal

Declan Rice sudah mengeluarkan manifestonya pada hari pertama menyertai Arsenal.

Di mana dia menyertai Arsenal untuk memenangi piala terutama sekali EPL dan Liga Juara Juara Eropah.

Declan Rice kini menjadi pemain Inggeris termahal di dalam sejarah dengan rekod perpindahan £105 juta mengatasi rekod Jack Grealish sebelum ini.

Declan Rice setuju dengan kontrak jangka panjang sehingga 2028 di Arsenal. Pemain itu sebelum ini memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak dengan West Ham.

Pemain tengah antarabangsa England itu menjadi sasaran utama Mikel Arteta sejak awal jendela perpindahan dibuka lagi.

West Ham menjadikan rundingan sukar kerana berkeras meminta lebih £100 juta untuk pemain tengah tersebut.

Mikel Arteta mengagumi kualiti permainan dan kematangan pemain tersebut. Di mana dia juga merupakan kapten West Ham sebelum ini. Yang membantu kelab itu menjuarai Liga Persidangan Eropah / UECL pada musim lalu.

Rice dianggap pemain yang boleh menjadi calon kapten Tiga Singa di masa akan datang.

Sebaik sahaja menyertai Arsenal, Declan Rice sudah meletakkan matlamatnya yang tinggi bersama The Gunners. Sasarannya adalah untuk memenangi EPL dan UCL bersama sama dengan The Gunners.

Declan Rice: “Saya datang ke Arsenal untuk menjulang EPL dan UCL”

Menurut Rice tiada gunanya dia berada di Arsenal jika dia tidak yakin untuk mencapai cita cita besar untuk memenangi UCL dan EPL di Arsenal.

Declan Rice berkata: “Cita cita saya sekarang adalah memenangi trofi sekali lagi bersama Arsenal. Inilah masanya untuk mengambil satu langkag lebih besar dan memenangi Liga Perdana Inggeris, memenangi Liga Juara Juara Eropah.”

“Saya tidak akan berada di sini, jika saya tidak percayakannya.”

“Saya datang ke sini dengan lebih laparkan kejayaan dan menikmati karier terbaik saya bersama dengan kelab hebat ini.”

“Saya percaya dengan skuad ini. Saya percaya dengan pengurus. Kita benar benar memiliki tenaga yang positif di sekeliling apabila setiap orang berusaha dalam hala tuju yang betul.”

Arsenal bersaing kembali dalam UCL buat pertama kali bermula musim ini selepas kali terakhir beraksi di pentas tertinggi eropah itu pada 2017.

Arsenal turut menjadi pasukan yang bersaing dengan Man City dalam kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Dengan membawa masuk pemain seperti Declan Rice, Kai Havertz serta Jurrien Timber, The Gunners menambah kekuatan ke dalam skuad mereka yang sedia ada.

 

Baca yang lain