Dembele Reject Tawaran Barca, Kemudian PSG Reject Dia Kerana Isu Displin Dan Kecederaan

Semalam Barcelona dilaporkan cuba untuk kali terakhir memujuk Ousmane Dembele untuk menandatangani kontrak baharu bersama pasukan mereka.

Namun pemain itu menolaknya, kerana beliau sedang berunding dengan PSG.

Malangnya, Le Parisien melaporkan bahawa PSG tidak akan menandatangani Dembele.

Dembele sekali lagi dikaitkan dengan PSG selepas Kylian Mbappe mencadangkan nama pemain tersebut kepada pengurusan tertinggi PSG.

Namun rundingan itu gagal. Ini kerana Luis Campos yang menggantikan Leonardo telah menentang penandatanganan tersebut.

Luis Campos masuk ke PSG juga selepas Mbappe mencadangkan nama bekas scouting Monaco dan Lille itu.

Mbappe sebelum ini menyatakan dia tak sukakan Leonardo. ESPN melaporkan bahawa, Mbappe membuat U turn ke PSG dan menolak Real Madrid kerana PSG berjanji akan memecat Leonardo.

Menariknya, hanya sehari selepas Mbappe diumumkan, Leonardo benar benar dipecat.

Luis Campos merupakan bekas pengarah sukan di Lille dan Monaco. Dia dikenali dengan ketelitiannya dalam memilih pemain.

Walaupun sentimen Mbappe ada dalam isu Dembele ini, namu Luis Campos tidak mempedulikannya. Baginya dia menjalankan tugasannya kerana analisis dan data yang ada padanya.

Ini kerana Luis Campos menyatakan bahawa Dembele adalah satu pembaziran. Pemain itu ada rekod kecederaan yang terlalu banyak. Ketika di Barcelona, dia mengalami 13 siri kecederaan dan masalah kecergasan.

Membuatkan dia terlepas lebih 120 perlawanan untuk Barca.

Mengambil kira taktikal yang diterapkan Pochettino yang menekankan aspek intensiti, Campos berpendapat bahawa, Dembele akan terus bergelut dengan kecergasannya.

Sama dengan ketika dia di Barcelona.

Selain itu, bakal pengarah sukan PSG, Luis Campos juga tidak setuju dengan pengambilan Dembele walaupun percuma kerana 2 lagi faktor lain.

Pertamanya, pemain itu ada rekod masalah disiplin yang tidak bagus ketika di Borussia Dortmund dan ketika di Barcelona.

Di Dortmund dia beberapa kali memberikan masalah kepada kelab kerana isu disiplin, ini termasuk seringkali lewat dan suka tidur lewat. Perkara itu malah didedahkan sendiri Pengerusi BvB iaitu Watzke.

Demebele juga pernah mogok tidak mahu berlatih ketika dia mendesak perpindahan ke Barcelona.

Sementara itu, ketika di Barcelona, Dembele juga pemain yang seringkali lewat ke pusat latihan. Sehinggakan di bawah Luis Enrique, dia dilarang sama sekali meletakkan telefonnya dalam mod senyap pada waktu malam.

Dembele kerap tidur lewat kerana bermain video game dan melayan drama tv. Ada sekali dia tidur sehingga ke tengah hari. Barcelona menghantar pegawai mereka ke rumah Dembele kerana pemain itu tidak respon kepada mesej dan panggilan mereka. Risau ada perkara buruk yang berlaku.

Rupa rupanya dia masih tidur kerana dia tidur terlalu lewat.

Selain itu, dia juga pernah memberikan masalah kepada Barca kerana insiden dia memperlekehkan pekerja orang Asia dalam lawatan Barcelona ke Asia beberapa tahun lalu.

Yang kedua, Dembele dikatakan seorang yang suka berparti. Luis Campos menyatakan bahawa, pemain itu akan memberikan masalah kepada pengurusan PSG. Lebih lebih lagi bandar Paris yang memang menjadi kegemaran binatang parti atau party animals seperti Dembele.

Walaupun Campos masih belum dilantik secara rasmi, namun dia sudah menyatakan pandangannya seperti diminta oleh Nasser Al Khelaifi.

Al Khelaifi dikatakan mengarahkan pegawainya untuk menamatkan sebarang rundingan dengan Dembele.

Jika benarlah apa yang dilaporkan Le Parisien ini, bermakna sudah dua individu yang dimahukan Mbappe tidak dapat dibawa ke PSG.

Sebelum ini dia meminta kelab cuba memujuk Zidane untuk menjadi pengurus mereka. Namun bekas pengurus Real Madrid itu tidak berminat dengan perskitaran di PSG di mana pengurus tidak memiliki kuasa mutlak.

Seterusnya Mbappe juga mahukan Dembele. Juga ditentang oleh Luis Campos. Sebagai tambahan, Luis Campos juga nama yang dimahukan Mbappe.

Baca yang lain