Demi Cinta, Icardi Tawarkan Kontrak Serah Harta Hingga 2050 Kepada Wanda Nara

Mauro Icardi dan Wanda Nara sebelum ini dilaporkan sudah berpisah. Namun kini, pasangan tersebut dilaporkan sudah rujuk semula.

Ianya kerana Icardi kali ini benar benar bersungguh sungguh mahukan Wanda Nara kembali. Icardi telah menandatangani satu kontrak bersama isterinya, Wanda Nara demi untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

Dalam kontrak itu Icardi untuk menyerahkan segala aset yang beliau miliki kepada isterinya itu sehingga 2050.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pasangan yang digelar Icardashians ini telah menyajikan peminat dengan pelbagai drama berkait hubungan suami isteri mereka.

Ini sehingga Wanda Nara dengan tanpa rasa segan silu memuat naik gambar bekas lakinya bersama teman wanita bersama dengan anak anaknya sambil merujuk mereka sebagai pasangan bahagia.

Entah apa yang cuba disampaikan Wanda Nara. Adakah dia menganggap wanita itu sebenarnya merasai kebahagian diberikan Maxi Lopez yang setia. Kita semua tahu, Icardi merembat Wanda Nara daripada rakan baik yang ibarat abangnya sendiri iaitu Maxi Lopez.

Mereka bercerai, rujuk semula, bercerai lagi, dan kini nampaknya mereka akan kembali bersama dan mungkin akan bertahan lebih lama lagi.

Mengapa ia akan jadi lebih lama?

Ia kerana Icardi telah melakukan satu pengorbanan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam usahanya untuk memujuk isterinya dianggap ratu hidupnya itu.

TYC Sports melaporkan yang penyerang Paris Saint Germain itu telah memberikan sepenuh hak dalam kontraknya sekarang, masa hadapan, dan juga kesemua aset yang beliau miliki kepada Wanda Nara.

Laporan sama turut mendakwa yang kontrak tersebut akan terus berlangsung sehingga 2050, yang mana beliau pada ketika itu akan berusia 57 tahun. Dan semua harta yang Icardi dapat selepas itu barulah milik Icardi.

Dalam tempoh itu, Wanda Nara memiliki akses yang besar ke atas semua harta Icardi. Kalau Icardi curang lagi macam pelawak Argentina tu, mungkin Wanda Nara akan menjual terus aset yang besar besar.

Sementara itu, Wanda Nara ketika itu sudah berusia 64 tahun. Harap Icardi tak buat hal la pada masa tu nanti melihatkan Kak Wan sudah jauh berusia daripadanya.

Ia juga bermaksud yang Wanda Nara kini merupakan pemilik tunggal syarikat yang diberi nama, World Marketing Football. Yang kliennya setakat ini cuma Mauro Icardi.

Syarikat tersebut sebenarnya dibangunkan oleh kedua-dua mereka yang mana Icardi pada ketika itu masih lagi menjadi bintang utama Inter Milan.

Pada masa itu Icardi melantik Wanda Nara sebagai ejennya. So, duit semua pergi kat ejen dia dan masuk balik ke akaun CIMB mereka berdua.

Antara yang turut diserahkan kepada Wanda Nara adalah penthouse di Milan dan sebuah rumah mewah di Lake Como, Itali dan juga semua royalties yang akan beliau terima dari pengiklanan.

Kontroversi hubungan antara kedua-dua mereka bermula ketika Wanda Nara menuduh Icardi curang dengan pelakon Argentina dan model China, Suarez.

Icardi kemudiannya memadam gambar di Instagram dan turut unfollow kesemua kawan serta rakan sepasukannya di platform media sosial tersebut.

Baru-baru ini juga, Wanda Nara telah berkongsi gambar beliau bersama bekas suaminya, Maxi Lopez di laman instagram miliknya.

Maxi Lopez merupakan bekas sahabat dan bekas rakan sepasukan Icardi dengan hubungan persahabatan kedua-dua mereka mula retak selepas bintang PSG itu menjalin hubungan dengan Wanda Nara.

Melihat Wanda Nara berkongsi gambar Maxi Lopez, ia tentu mencetuskan kebimbangan di hati Icardi yang risau isterinya itu akan kembali ke pangkuan bekas suaminya.

Baca yang lain