Demi Kepentingan Kelab, Roma Pecat Mourinho

Mourinho telah dipecat sebagai pengurus AS Roma. Setelah menjadi pengurus kelab itu sejak 2021.

Beberapa keputusan kurang memberangsangkan AS Roma pada musim ini meletakkan pengurus itu dalam tekanan.

Mourinho pernah membantu Roma menjulang UECL pada 2022. Dia turut membimbing kelab itu ke final UEL musim lalu namun tewas di fina.

Dan kini Mourinho terpaksa menerima hakikat bahawa jodoh beliau dengan kelab itu sudah berakhir.

Dalam kenyataan rasmi mereka, Roma berkata: ” Mourinho diumumkan sebagai jurulatih ke-60 Giallorossi pada Mei 2021.

“Dia mengetuai pasukan itu untuk memenangi Liga Persidangan Eropah di Tirana pada 25 Mei 2022, dan ke final Liga Europa di Budapest musim lalu.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada José bagi pihak kami semua di AS Roma atas semangat dan usahanya sejak ketibaannya di kelab ini.

“Kami akan sentiasa mempunyai kenangan indah mengenai tempoh beliau di Roma, tetapi kami percaya bahawa perubahan segera adalah demi kepentingan terbaik kelab.

“Kami mendoakan yang terbaik untuk José dan pembantunya dalam usaha masa depan mereka.”

“Kemas kini lanjut mengenai kakitangan kejurulatihan Pasukan Pertama baharu akan menyusul tidak lama lagi,”

Baca yang lain