Detik Cemas Partey Ingatkan Indomie Kegemarannya, Aslinya Dari Malaysia

Pemain tengah Arsenal Thomas Partey mengakui dirinya sebagai pencinta sejati produk mi segera dari Indonesia, Indomie.

Malah, dia turut membuat pengakuan bahawa dan rakan rakannya berhabis duit sebab membeli Indomie.

Partey menyatakan pengakuan itu dalam temuramah santai dengan Stadium Astro bersama dengan Adam Carruthers.

Namun berlaku detik cemas apabila Partey hampir hampir klaim bahawa Indomie adalah berasal dari Malaysia.

Adam Carruthers dengan pantas membetulkan fakta, takut Partey menjadi tempat parti melepaskan kemarahan oleh mereka yang tersakiti.

Pernah berlaku di mana Rio Ferdinand dimaki kerana melabel Nasi Goreng asalnya dari Singapura.

Malah ada netizen yang turut berperang sesama sendiri.

Partey sang pencinta Indomie tegar

Adam berkata: “Ini yang terakhir, saya tahu kamu dari Ghana. Malaysia dan Ghana berkongsi satu kegemaran untuk satu makanan yang dipanggil Indomie. Kamu tahu mee segera tu.”

Partey mencelah: “Indomie berasal dari Malaysia?” tanya Partey. Dengan pantas dan lincah Adam membalas dengan menyatakan bahawa Indomie berasal dari Indonesia.

“Ianya dari Indonesia, di sebelah Malaysia. Dan ianya sangat popular di sini.”

“Seorang wanita yang bertanggungjawab menghasilkan perisanya baru sahaja meninggal dunia. Kamu ada memori tentang Indomie. Kerana saya tahu ianya sangat popular di Ghana.”

“Makanan tu membuatkan wang saya habis licin,” Partey meneruskan sambil ketawa.

Adam: “Biar betul?”

Partey: “Ya!”

Adam: “Kamu ada perisa pilihan?”

Partey: “Ya Tuhanku, semua perisanya sedap sedap. Indomie ni telah membuatkan semua orang Ghana habis duit.”

“Kalau kamu baru berkenalan dengan kawan baru, mereka akan kata;’belikan aku indomie’. Semuanya tentang Indomie.”

“Kenapa [semua ini berlaku]? Sapa punya kerja  yang membawa masuk Indomie [ke Ghana].”

Adam: “Lain kali, saya terbang ke London, nanti saya akan bawakan kamu Indomie.”

Partey membalas: “Mungkin saya boleh menjadi duta besar untuk Indomie, jadi saya mendapatkannya secara percuma.”

Indomie memang merupakan salah satu makanan popular di Ghana. Bahkan dilaporkan oleh World of Buzz pada akhir Disember 2020.

Malah ada laporan menyatakan di Ghana ada lelaki miang menggunakan Indomie untuk membeli pelacur. Aduh…

Nunuk Nuraini dan kegemilangan Indomie

Pencipta perisa Indomie Nunuk Nuraini meninggal dunia pada hujung Januari yang lalu. Ianya perkhabaran yang sangat mendukacitakan.

Nunuk Nuraini memang orang yang penting selama ini dalam mencipta perisa baru produk mi segera Indomie.

Nunuk Nuraini adalah lulusan Universiti Padjadjaran Bandung, jurusan Teknologi Makanan. Dia telah mengabdikan diri selama hampir 30 tahun sebagai Pengurus Pembangunan Perisa Indofood.

Indomie adalah salah satu makanan yang tidak asing lagi bagi masyarakat Indonesia dan Malaysia. Namun di sebalik kesemua jenis perisanya, mee goreng klasik adalah produk utamanya.

Jenama Indomie juga mendunia ke pelbagai buah negara selain nusantara.

Malah akhbar Amerika Syarikat LA Times menamakan mi goreng Indomie sebagai senarai 25 mi segera terbaik.

Menurut LA Times, Indomie, jenama mi Indonesia, menjadi mi segera paling popular di Afrika terutamanya di Nigeria. Ia diperkenalkan ke negara Afrika Barat pada tahun 80-an dan menjadi sangat popular sehingga membuka kilang pengeluaran di sana pada tahun 1995.

Baca yang lain