“Bola sepak bukanlah benda yang paling penting, semoga cepat sembuh.”
Itulah kata kata yang diungkapkan oleh bek sisi Spurs, Sergio Reguilon selepas aksi heroic beliau membantu menyelamatkan nyawa seorang penyokong Newcastle di St James Park.
Football is not the most important. Get well soon 💪🙏 pic.twitter.com/Ltwvxy7wrU
— Sergio Reguilón (@sergio_regui) October 17, 2021
Pada akhir babak pertama, perlawanan di antara Newcastle dan Spurs terpaksa dihentikan seketika atas sebab prosedur medikal di dalam stadium – tetapi kali ini melibatkan penyokong.
Sergio Reguilon dan Eric Dier mendengar ada seksyen penyokong yang meminta perhatian daripada pegawai perubatan, kerana ada seorang penyokong telah terkena serangan jantung dan tersungkur.
Huge respect to Sergio Reguilón and Eric Dier for their quick and decisive actions at St James' Park today ❤️👏 pic.twitter.com/z2fNW3wwn2
— Soccer AM (@SoccerAM) October 17, 2021
Penyokong itu kemudian diberikan rawatan oleh petugas kesihatan yang menerima arahan daripada pengadil perlawanan agar bergegas ke seksyen tersebut.
Selepas dirawat dengan prosedur pertolongan cemas, penyokong itu dibawa ke hospital berhampiran.
Sergio Reguilon: “The fans say: ‘Stop, stop!’… I saw the fan lying down, and one man [giving him CPR], I was very nervous. I went to the referee and said we cannot play, stop the match”. ⚪️👏🏻 #THFC #Reguilon pic.twitter.com/GhxZqwBkDs
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 17, 2021
Dia kemudian dilaporkan berjaya dirawat dan dalam keadaan stabil.
Terima kasih pastinya kepada Reguilon yang peka mengesan keadaan yang berlaku di tempat duduk penyokong dan terus meminta pengadil menghentikan permainan untuk memberikan bantuan kecemasan kepada penyokong.
Eric Dier mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, lantas memecut ke arah petugas pertolongan cemas dan meminta mereka membawa defibrillator (alat bantuan jantung).
Newcastle vs. Tottenham has been paused due to a medical situation in the crowd. ⛔️
Fair play to Reguilon, Dier and the players making sure medical attention was gotten fast. 🏥
Hope the fan is okay. 🙏
— 433 (@433) October 17, 2021
Bercakap kepada Sky Sports, Reguilon berkata: “Kami mendengar penyokong menjerit. Dan saya melihat seorang lelaki terbaring dan keadaan menjadi cemas. Saya terus bergegas ke arah pengadil dan berkata: ‘kita harus hentikan perlawanan seketika, kita tak boleh nak teruskan perlawanan dalam keadaan begini’.”
“Sekarang, rasanya dia ok kan? Itu yang paling penting sekarang.”
Ketika Reguilon dibawa keluar oleh pengurus Spurs untuk digantikan rakannya, seksyen penyokong di St James Park berdiri dan memberikan tepukan penghargaan kepada beliau, dan ianya menjadi detik sangat indah dalam bola sepak.
Dia selayaknya menerima segala penghargaan dan pujian seperti itu selepas apa yang dia lakukan. Begitu juga dengan rakan sepasukannya, Eric Dier.
Eric Dier and Sergio Reguilon awarded joint MOTM for quick actions to save Newcastle fanhttps://t.co/C7PuKSrLpa pic.twitter.com/jqsTqnbMaV
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 17, 2021
Mereka berdua diberikan Anugerah MOTM bersama, sebagai penghargaan aksi terbaik mereka, yang lebih daripada sekadar sebagai pemain bola sepak.
Kapten Spurs, Harry Kane turut memberikan komen dengan kata kata sokongan kepada penyokong tersebut.
“Pertama sekali, saya berharap penyokong tersebut yang berada di stadium, agar dia baik baik sahaja. Jelas sekali itu bukan insiden yang kita mahu lihat, namun kami dengar dia sekarang dah stabil, jadi kami sangat berterima kasih kepada petugas kecemasan, kepada penyokong yang melakukan CPR. Dan kami di Tottenham berharap dia agar cepat sembuh.”
“Pada pandangan kami, kami tahu ada alatan defib berdekatan di tepi padang, dan kami tak pasti sama ada kita memiliki peralatan itu di tempat duduk penyokong.”
“Saya rasa Eric yang berlari terus meminta pegawai yang ada untuk membawa alatan itu. Sangat sukar melihat beliau dalam keadaan itu dan kami berharap semua orang baik baik sahaja.”
Di media sosial peminat Newcastle dan peminat bola sepak di seluruh dunia tak putus putus mengucapkan terima kasih kepada Reguilon yang telah membantu menyelamatkan nyawa manusia lain di dalam stadium.