Detik Tentera Colombia Sempat Berikan ‘Final Salute’ Sebelum Meninggal Dunia

Pada 2019, satu detik yang membuatkan netizen agak emosional melihat mereka nahas dalam persembahan udara.

Puncanya adalah tali tempat mereka bergantung telah terputus. Kedua dua askar tersebut telah maut dengan dibaluti oleh bendera negara mereka.

Kemalangan itu berlaku semasa perarakan untuk menandakan Pesta Bunga Medellin tradisional yang dilangsungkan di lapangan terbang bandar tersebut.

Di mana kedua dua tentera itu membuat persembahan untuk mengibarkan bendera gergasi Colombia dengan bergayut pada tali yang digantung pada helikopter.

Malangnya tali tersebut telah terputus tiba tiba. Dan kedua duanya terjatuh.

Selepas kejadian itu, acara tersebut segera ditutup sebagai memberikan penghormatan kepada mangsa yang meninggal dunia.

Tetapi sebelum mereka menemui ajal, pada detik detik terakhir telah memberikan tabik hormat atau salute kepada orang ramai.

Detik itu berlaku beberapa saat sebelum dia terjatuh dan meninggal dunia.

Video tersebut telah viral di seluruh dunia. Ramai yang terkesan dengan tindakan tentera itu yang masih mampu memberikan tabik hormat terakhir kepada orang ramai pada detik detik terakhir sebelum dia meninggal dunia.

Ada yang menggelarkan bahawa tentera tersebut benar benar berjiwa kental dan hati kering, masih mampu memberikan salute pada detik detik tersebut.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan