Di AFCON Negara Ini Turunkan Kapten Bernama AK-47

Peminat bola sepak benar benar terkejut apabila ada nama AK47 dalam skuad Mauritania yang beraksi di AFCON 2023.

Salah seorang peminat berkat: “AK.. what?”

Mauritiana mengeluarkan senarai skuad yang beraksi menentang Burkina Faso. Dengan adanya nama AK.47 di dalam senarai itu.

Sebenarnya nama penuh pemain itu adalah Aboubakar Kamara. Bekas pemain Fulham itu memiliki nama singkatan AK dan ditambah dengan 47 di belakangnya.

Itu bukan nombor jersi kerana dia memakai jersi nombor 27.

AK47 malah menjadi kapten untuk pasukan negaranya pada aksi tersebut.

Peminat berkata: “Biar betullah ada pemain yang benar benar bernama AK-47.”

Seorang lagi berkata: “Meleleh air mata saya tergelak melihat nama brader no.27.”

Touitter pula hilang kata kata melihat benda tu: “AFCON ni gila la wei, mereka ada pemain nama AK-47.”

Ada yang lain menulis: “Kegilaan yang biasa dalam AFCON. Pengadil tiup wisel awal sebab cakap Tuhan menggerakkan hatinya, saya juga pernah tengok pengurus sendiri diserang, pemain membuang bola memberikan sepakan penjuru kepada lawan ketika tiada tekanan daripada pemain lawan dan sekarang ada pemain bernama AK-47.”

Tidak terhenti di situ, ada juga netizen yang menyatakan akhirnya dia benar benar percaya sudah tiba masanya untuk dia meninggalkan bumi.

Seorang peminat menjelaskan kenapa Kamara menggunakan nama AK-47 itu. Ini kerana sebelum tiba di Fulham dia dianggap pemain yang sangat berkuasa dan bahaya.

Dia diberikan nama gelaram AK-47 kerana sifat pembunuhnya itu.

Malang sekali dia telah menjadi salah satu pembelian paling teruk dalam bola sepak Inggeris.

Kini dia sudah berusia 28 tahun dan bermain untuk Al Jazira di Abu Dhabi.

Lebih malang dalam aksi pembukaan menentang Burkina Faso, AK-47 pula yang tercedera dan dikeluarkan hanya selepas 28 minit.

Baca yang lain