Di Australia, Jabatan Kebajikan Bertanya Adakah Amputasi Kaki Lelaki Kekal?

Meminta bantuan kebajikan kadangkala memang sukar walaupun ada individu memang benar benar layak dan memerlukannya. Kita faham bahawa ada orang yang cuba mengambil kesempatan.

Namun di Australia, jabatan kebajikan mereka telah mengemukakan soalan yang tidak masuk akan kepada seorang lelaki yang kehilangan kakinya kerana diamputasi.

Seorang peguam bertanya kepada lelaki tersebut adakah amputasi kaki lelaki itu kekal ataupun sementara — kerana mereka perlu menilainya untuk melayakkan lelaki itu mendapat bantuan orang kelainan upaya (OKU).

Di Australia, kerajaan menawarkan skim OKU kebangsaan / National Disability Insurance Scheme (NDIS), dan ianya akan membantu mereka yang layak dari segi kewangan serta keperluan lain yang cukup dan perlu.

Mereka yang hilang anggota badan dan hilang keupayaan bekerja serta beberapa kes lain akan dibantu. Skim ini adalah untuk mereka yang berusia di bawah 65 tahun.

Tetapi rakyat Australia ternyata tidak berpuas hati setakat ini. Bermula daripada masalah IT seperti pendaftaran secara atas talian yang sukar sehinggalah tempoh yang lama untuk mendapatkan peralatan penting seperti kerusi roda.

Selain itu ada juga permohonan yang terus ditolak tanpa menilai terlebih dahulu.

Tom Monks, seorang peguam dari Albany, hilang sebelah kakinya kerana kemalangan jalan raya ketika dia baru berusia 2 tahun.

Kebajikan untuk perubatan dan bantuan yang dia terima ketika kecil sangat bagus, tetapi kisahnya berbeza ketika dewasa. Tahun lalu, dia memohon pembiayaan NDIS, dan merasai sendiri betapa sukarnya mendapatkan bantuan tersebut.

“Sebilangan besar tahun lalu, kerana COVID, saya tidak membelanjakan wang bantuan yang mereka berika untuk terapi. Pada penilaian oleh mereka pada tahun ini, mereka menyatakan alasan mereka memotong wang bantuan saya, dengan mengatakan … anda tidak membelanjakan wang itu, jadi kami akan mengambil sebahagian dari anda, ” katanya kepada ABC News.

Kerana beliau seorang yang kelainan upaya, Monks menggunakan kerusi roda dan bergantung pada teksi untuk pengangkutan. Walaupun dia biasa mendapat elaun mobiliti $70 setiap minggu, ‘mereka mengambilnya dari saya, dengan mengatakan bahawa isteri saya dapat menanggung kekurangan itu’, jelasnya.

“Mereka juga mengambil sejumlah wang yang cukup cukup untuk memperbaiki kerusi roda saya.”

Setelah permintaan dana untuk fisioterapi dan pengurusan kesakitan ditolak, dia mengajukan rayuan agar permohonannya dinilai semula.

“Saya mengambil masa tiga bulan untuk mendapatkan laporan untuk membuktikan bahawa saya tidak mempunyai kaki. Ia membuatkan saya sangat ‘letih’ menunggunya ” katanya.

“Saya tidak layak mendapat pencen sokongan kurang upaya, saya tidak cukup kurang upaya. Saya dipersoalkan adakah amputasi saya kekal oleh kakitangan Centrelink pada satu tahap,” tambah Monks.

Ben Gauntlett, pesuruhjaya diskriminasi kecacatan Australia, baru-baru ini memberitahu Senat pengalaman yang tidak memuaskan oleh pemohon NDIS, dengan laporan penilaian bebas dianggap gagal.

Senator Jordon Steele-John kemudian memberikan alasan tidak masuk akal iaitu, masalah tidak cukup staf. Seterusnya, staf yang mereka miliki sering tidak dilatih dengan secukupnya.

Seterusnya ketika ditanya tentang sistem ICT, dia menjawab sistem ICT mereka dapat menilai kerumitan hidup pemohon. Selain itu Ben juga menyatakan kurangnya orang kurang kelainan di peringkat pengurusan kanan agensi untuk lebih empati ke atas permasalahan para pemohon.

Dia menambahkan, “Semua faktor ini bersatu untuk membuat sistem yang menjadi sumber ketakutan bagi orang ramai ketika kita sudah menganggap ia menjadi sumber harapan.”

Sumber: UNILAD

Baca yang lain