Di India, Wanita Dirogol Di Balai Polis Ketika Mengadu Dirinya Dirogol 5 Lelaki

Seorang wanita berusia 35 tahun di India telah menjadi mangsa rogol oleh lima lelaki.

Mangsa kemudiannya melaporkan kejadian itu ke balai polis dan malangnya, di balai polis dia diperkosa lagi oleh pegawai polis.

Mangsa, seorang penduduk di bawah bidang kuasa balai polis Jalalabad, kini menuntut keadilan ke atas 5 lelaki dan seorang pegawai polis tersebut.

Pegawai kanan polis Bareilly Avinash Chandra telah memerintahkan siasatan terhadap aduan mangsa yang diterimanya pada Rabu lalu.

Mangsa memberitahu wartawan bahawa pada 30 November, ketika dalam perjalanan ke Madanpur dengan berjalan kaki, lima lelaki datang dengan kereta.

Lima lelaki itu kemudian secara paksa menyeretnya ke ladang berhampiran dan memperkosanya di sana.

Mangsa yang trauma dan malang itu terus bergegas ke balai polis Jalalabad untuk membuat laporan.

Namun, setibanya, seorang sub-inspektor polis yang bertugas membawanya ke bilik siasatan dan merogolnya.

Indian Express melaporkan bahawa mangsa, gagal mendaftarkan Laporan Maklumat Pertama (FIR) di balai polis tersebut.

Dan dia bertemu sendiri dengan Chandra, yang kemudiannya memerintahkan siasatan terhadap kejadian itu.

Wanita itu berkata: “Polis telah merogol saya ketika saya mengajukan aduan di balai polis”.

Seorang lagi pegawai polis, Brahmapal Singh, mengatakan bahawa dia telah diminta untuk menyiasat perkara itu dan FIR akan diajukan sekiranya tuduhan yang dibuat oleh wanita itu kepada pegawai polis itu terbukti benar.

Semoga kebenaran dan keadilan berpihak kepada pihak yang benar.

Ini bukan kes yang baru di India. Kerisauan masyarakat India ke atas jenayah rogol semakin meningkat terutama sekali rogol berkumpulan.

Malang sekali apabila pegawai polis sendiri dituduh melakukan perbuatan durjana tersebut.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang