Di Mana Minala, Pemain 17 Tahun Lazio Yang Dikatakan Sebenarnya 42 Tahun Pada 2018

Ingat lagi tak dengan Joseph Minala? Pemain Lazio yang pernah dilaporkan berusia 17 tahun tetapi sebenarnya sudah berusia 42 tahun.

Gambar beliau dahulu tular teruk kerana dia bermain bersama dengan budak di pasukan pembangunan dengan gaya sudah seperti bapa orang melawan budak budak.

Joseph Minala merupakan pemain remaja yang pernah menggemparkan Itali dan peminat bola sepak di seluruh dunia. Di mana dia ditandatangani oleh Lazio pada 2014.

Setahun kemudian Minala bermain untuk skuad B-20 Cameroon. Beliau membuat dua penampilan untuk pasukan remaja Cameroon. Namun selepas itu tidak pernah dipanggil lagi.

Minala menjadi pemain utama skuad pembangunan Lazio dan dia dianggap sangat cemerlang. Malah ada juga cakap-cakap ketika itu, beliau mungkin akan dipancing oleh Itali dari negara asalnya Cameroon di peringkat antarabangsa.

Foto Marco Rosi/LaPresse12 01 2014 Roma ( Italia )SportAmichevole SS Lazio Primavera Vs AC Siena nel centro dportivo della Lazio a Formello Roma.Nella foto : Minala e Dario Vergassola

Pada April 2018, Minala yang ketika itu dikatakan berusia 17 tahun telah membuat debut untuk Lazio.

Namun terdapat keraguan pada usianya. Lalu ada pihak dti Itali melancarkan siasatan ke atas maklumat sebenar pemain itu. Hasil siasatan mendapati beliau sudah berusia 42 tahun. Bermakna, 25 tahun terlajak daripada usia dia didaftarkan.

Namun begitu, Minala menegaskan bahawa dia tidak pernah menipu tentang umurnya.

Pihak FA Itali kemudian melakukan siasatan ke atas dakwaan itu. Ini kerana ia boleh menjadi satu kesalahan yang besar.

Hasil daripada siasatan selepas menghubungi pihak kerajaan di Cameroon, FA Itali mengesahkan bahawa pemain yang bernama Joseph Minala itu sah 17 tahun pada ketika itu.

Malah FA Itali turut dikatakan telah melakukan ujian perubatan khas untuk Joseph Minala yang dikatakan sudah berusia lebih 4 dekad pada ketika itu.

Karier

Selepas membuat debut dengan Lazio, Minala telah dipinjamkan ke beberapa kelab Serie B termasuk Bari dan Latina.

Minala kemudian bermain untuk 3 musim di Salernitana. Pada tahun akhir kontrak pinjamannya, kelab tersebut memutuskan untuk tidak mengaktifkan klausa pembelian tetap.

Namun Lazio tidak begitu teruja dengan Minala lagi. Begitu juga dengan kelab kelab yang lain.

Minala kembali semula ke Lazio dan kemudiannya berhijrah ke kelab China, Qingdao Huanghai.

Dia masih lagi didaftkarkan sebagai pemain muda dan tahun ini baru berusia 25 tahun pada 2022. Beraksi untuk skuad Luchesse di Serie D Itali.

Minala menyatakan bahawa dia memang masih muda walaupun rupanya sudah kelihatan lebih tua. Dan beliau menegaskan, ramai lagi pemain lain yang sepertinya. Wajah lebih tua berbanding usia.

Nampak gayanga Minala boleh dikira prospek yang gagal la kalau macam tu. Ini dengan mengambil kira prestasi cemerlangnya ketika remaja.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil