Dijual 610 Pengurus FPL Dalam Seminit, Minggu Ini Gabriel Jesus Cetak 2 Gol 2 Assist

Gabriel Jesus sebelum ini gagal menjaringkan gol dalam aksi debut kompetitif bersama Arsenal walaupun ia menjaringkan gol yang banyak ketika pra musim.

Jesus menjadi pemain yang paling banyak dibeli pengurus FPL pada awal musim ini dengan rekod 72.5 % pemilikan.

Tetapi selepas dia gagal menjaringkan gol untuk Arsenal pada perlawanan pertama, hanya seminit sahaja selepas wisel penamat pada masa itu, 610 pengurus FPL terus menjual pemain tersebut.

Gabriel Jesus memiliki rekod cemerlang menentang Leicester. Namun kira kira 290,000 pengurus FPL sudah hilang kepercayaan kepadanya hanya kerana dia gagal menjaringkan gol dalam perlawanan pertama.

Beraksi di Emirates dalam aksi kedua EPL menentang Leicester, penyerang lincah dari Brazil itu tidak mahu melanjutkan penantian para peminat Arsenal.

Dia telah membuka akaun gol pada minit ke-23. Di mana Jesus memulakan gerakan dari tepi padang. Dia kemudian bermain kombinasi dengan rakannya. Gabriel Jesus menerima bola dalam keadaan dia terkepung.

Menggunakan naluri pembunuhnya, dia melihat penjaga gol Leicester agak terkehadapan. Lalu dia menonjol bola yang terus melepasi penjaga gol.

Tidak lama kemudian Gabriel Jesus menjaringkan gol kedua peribadinya dan kedua untuk pasukan Arsenal pada minit ke-35.

Arsenal memasuki bilik persalinan untuk rehat separuh masa pertama dengan mendahului 2-0.

Bersambung babak kedua, Leicester merapatkan kedudukan selepas William Saliba tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-53. Namun 2 minit kemudian Granit Xhaka meletakkan Arsenal 3-1 di hadapan.

Leicester sekali lagi merapatkan jurang gol menerusi James Maddison pada minit ke-74.

Skrip yang sama berlaku sekali lagi, Arsenal terus kembali menjarakkan diri dengan 2 gol. Kali ini Gabriel Martinelli menjaringkan gol keempat untuk The Gunners.

Arsenal menang 4-2. Namun cerita yang paling menjadi tumpuan pastinya Gabriel Jesus.

Dia menjadi pemain pertama menjaringkan 2 gol dan mencetak 2 asssist dalam satu perlawanan EPL sejak Matheus Pereira melakukannya pada April 2021 menentang Chelsea.

Sudah tentunya dia menjadi Pemain Terbaik Perlawanan untuk hari ini. Di mana dia turut mencatatkan 3 gelecekan berjaya dan memenangi 4 pertarungan dengan pemain lain.

Baca yang lain