Ditanya Kenapa Tak Masukkan Bale, Mourinho Tembak Terus Wartawan Ini

Jose Mourinho nampaknya tidak ada masa bermesra dengan wartawan selepas perlawanan.

Selain daripada mengutuk pengadilan Andre Marriner yang memberikan penalti kepada Chelsea, Mourinho juga menembak wartawan terkemuka Alison Bender.

Spurs tewas di tangan Chelsea dalam aksi yang berlangsung di tempat sendiri. Jose Mourinho menegaskan bahawa pasukannya lebih berhak menang kerana mencipta lebih banyak peluang gol.

Chelsea menang menerusi penalti Jorginho selepas Eric Dier mengasari Timo Werner.

Lalu Alison Bender bertanya, kenapa Mourinho tidak membawa masuk Gareth Bale ketika pasukannya ketinggalan.

Mourinho dengan nada sinis berkata: “Soalan yang bagus tetapi kamu tidak berhak mendapat jawapan [untuk soalan seperti itu].”

“Saya melakukan yang terbaik. Dia [Bale] melakukan yang terbaik. Dan semua orang melakukan yang terbaik.”

Mourinho kemudian mengecam pengadil yang menurutnya membantu kemenangan Chelsea dengan keputusan silap memberikan penalti kepada Chelsea.

Walaupun rata rata peminat Spurs tidak berpuas hati dengan aksi pasukan mereka yang merupakan kekalahan ketiga berturut turut, Jose Mourinho tetap menggariskan perkara positif.

Selain daripada kecederaan, Jose Mourinho juga menyatakan bahawa para pemainnya kini bergelut dengan keyakinan diri selepas melalui fasa sukar.

“Saya tak berminat nak bercakap tetang Harry Kane dan rakan rakannya, namun ia memberikan kesan kepada keyakinan pemain.”

“Kita cuba bermain tanpa Vinicius menentang Brighton. Namun hari ini kita cuba bermain dengan Vinicius dan dua penyerang.”

“Kita mencuba pada separuh masa kedua dengan menjadikan dia sebagai target man, dengan 2 pemain sayap dan seorang pemain no.10. Kita terus mencuba dan mencari. Namun saya dapat melihat kebersamaan dalam pasukan.”

“Ianya sukar untuk melihat kebersamaan seperti itu berakhir dengan keputusan buruk, kesulitan dan kecederaan.”

“Kebersamaan adalah sangat mudah dilihat jika kamu dalam prestasi cemerlang dan memenangi perlawanan. Namun dalam masa sukar, orang tak nampak sama sekali. Namun saya nampak ia pada separuh masa kedua tadi. Tiada keraguan.”

Baca yang lain