Ditanya Soalan Bukan Bukan, Rangnick Kata Dia Sampai Terlupa Pogba Berpuasa

Pengurus Manchester United, Ralf Ragnick menyatakan kekagumannya kepada Paul Pogba yang tampil bertenaga seperti biasa walaupun berpuasa.

Pogba membuatkannya kadangkala terlupa bahawa pemain itu sebenarnya berpuasa.

Rangnick menyedari bahawa Liverpool turut memiliki ramai pemain beragama Islam. Dan pada masa yang sama menegaskan bahawa Manchester United turut menguruskan pemain yang berpuasa. Jadi ianya bukan satu masalah kepada mereka. Kerana kelab lain pun sama.

Rangnick berkata begitu ketika ditanya wartawan tentang kesan puasa kepada Pogba. Macam biasa wartawan Inggeris terus membuat teori bahawa Pogba sebelum ini dikeluarkan ketika menentang Norwich kerana Ragnick melihat ada impak oleh puasa kepada permainan pemain itu. Rangnick geleng kepala dalam hati je mendengarnya.

Ada peminat Man United menganggap soalan seperti itu adalah soalan tidak membina.

Paul Pogba antara pemain yang sangat taat dengan tuntutan agamanya. Dia sentiasa berpuasa kecuali terpaksa tidak berpuasa atas sebab mudarat.

Bercakap tentang apakah cabaran menguruskan pemain yang berpuasa. Rangnick menyatakan setakat ini dia langsung tiada masalah dengan pemain pemain berpuasa seperti Pogba.

Rangnick malah terlupa bahawa Pogba sebenarnya berpuasa. Ini kerana pemain itu melakukan latihan yang sama pada kadar intensiti yang sama dengan pemain lain. Selain itu dia memberikan aksi bertenaga di atas padang sama seperti pemain lain.

Rangnick: Saya akan cakap dengan Pogba

Lantas Rangnick merasakan dia perlu berjumpa dengan Pogba untuk membincangkan tentang rutin latihan di bulan ramadan. Kerana setakat ini menurut Rangnick, Pogba sentiasa berpuasa sepanjang bulan ramadan tahun ini.

Namun setakat ini dia sangat berpuas hati dengan Pogba yang pandai menguruskan dirinya selaku pemain profesional.

Rangnick berkata: “Sebagai pemain, seorang profesional, dia tahu bagaimana cara menghadapi perkara seperti itu (puasa),” ucap Rangnick.

“Saya belum bercakap dengan dia mengenai hal tersebut, tetapi setakat ini saya tak nampak puasa akan memengaruhi permainannya di atas padang.”

“Setakat yang saya tahu, dia berpuasa. Namun, saya belum membicarakan tentang perkara dengan dia secara peribadi setakat ini,” ujar Ralf Rangnick lagi.

Rangnick kemudian menyatakan bahawa salah seorang pemain Liverpool yang dia kenali secara peribadi, dan dia sentiasa berpuasa. Pemain itu ialah Ibrahima Konate.

Rangnick menegaskan bahawa Konate pun menghadapi cabaran yang sama pada bulan Ramadan.

“Saya ada kenal beberapa pemain lain yang berpuasa, setidak tidaknya saya kenal salah seorang pemain Liverpool yang sentiasa berpuasa di bulan Ramadan iaitu Ibrahima Konate. Jadi dia pun berdepan dengan cabaran yang sama dengan Pogba.”

Ditanya sama ada dia sebelum ini mengeluarkan Pogba kerana pemain itu dilihat bermasalah untuk mengekalkan intensitinya kerana berpuasa ketika berdepan Norwich?

Rangnick menafikannya. Menurutnya dia tak terfikir langsung tentang perkara itu. Dia cuma membawa masuk pemain baharu untuk menyegarkan lagi tenaga di bahagian tengah.

“Saya cuma memikirkan itu adalah masa yang tepat untuk membawa masuk pemain yang segar bugar.”

“Sebenarnya tindakan saya masa itu [menngantikan Pogba] adalah berkaitan dengan kedudukan kami pada masa itu, dan saya tak terfikir langsung soal Ramadan atau perkara perkara seperti itu.”

Pogba dijangka akan menjadi pemula dalam kesebelasan utama Man United dalam aksi berdepan Liverpool di Anfield. Ini selepas Scott McTominay mengalami kecederaan kaki dan Fred masih belum pulih daripada kecederaan pinggulnya. Kedua dua pemain itu disahkan tidak akan beraksi.

Pogba sebelum ini mengutip kad merah selepas dia dimasukkan ketika aksi pertama antara Manchester United dan Liverpool di Anfield.

Kedua dua pasukan dalam misi wajib menang. Liverpool perlu menang untuk mengekalkan momentum menyaingi Manchester City dalam perebutan kejuaraan EPL.

Sementara Man United ada misi mustahak. Di mana mereka perlu menang dengan apa jua cara sekalipun jika mahu berada di UCL musim hadapan.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali