Diundi Lawan Chelsea, Luton Town ‘Up’ Meme Kelakar, Namun Dituduh Menganjing Chelsea

Pasukan Liga Kejuaraan, Luton Town telah memenangi internet semalam, sebaik sahaja undian Piala FA pusingan keempat dibuat.

Di mana admin Twitter mereka telah memuat naik meme kelakar sebaik sahaja pasukan mereka diundi bertemu skuad gergasi Liga Perdana Inggeris Chelsea pada pusingan 32 pasukan akhir.

Memang sukar untuk pasukan kerdil mengelak daripada bertemu pasukan EPL bermula daripada pusingan keempat. Namun Piala FA tetap ada magisnya tersendiri. Banyak juga pasukan kerdil melakar kejutan ke atas pasukan EPL – di dalam sejarah pertandingan.

Admin Twitter Luton Town memuat naik dua meme dalam satu post. Reaksi sebelum dan selepas. Reaksi sebelum adalah reaksi berpeluh Jordan Peele.

Dan reaksi selepas menggunakan meme Andras Arato dengan wajah tersenyum sambil memegang cawan.

Ramai netizen salah tafsiran menganggap admin Luton Town menyatakan mereka lega sebaik sahaja mendapat tahu mereka bertemu Chelsea dengan meme Andras Arato tersebut. Ini kerana prestasi Chelsea yang agak tak konsisten di Liga Perdanan Inggeris.

Ada yang menganggap post tersebut menganjing Chelsea dan merasa marah dengan meme yang dimuat naik itu.

Seorang peminat bengang dan menyatakan bahawa Chelsea sebenarnya tak perlu main pun perlawanan tersebut kerana sudah pasti akan menang.

“Apa yang mamat admin ni maksudkan? [emoji menyindir] Kami Chelsea bahkan tak perlu pun main perlawanan ini. Kami sudah MENANG pun. [Hati Biru] kami sokong.”

Namun sebenarnya, meme Andras Arrato itu turut dikenali sebagai meme ‘Hide the Pain Harold [Harold yang menyembunyikan kesakitan]’.

Jadi, secara tersiratnya, Luton Town pada awalnya berpeluh nak tahu siapa lawan mereka, takut diundi menentang pasukan kuat. Dan selepas itu, terpaksa menyembunyikan keresahan itu.

Mimpi ngeri mereka tiba juga, dijadualkan bertemu Chelsea. Lalu mereka hanya perlu menyembunyikan kesakitan yang dirasai.

Ada juga peminat Chelsea sendiri kecewa dengan segelintir peminat Chelsea yang tersilap tafsir meme tersebut. Padahal ianya seharusnya dianggap satu penghormatan daripada lawan.

 

Luton Town akan berkunjung ke Stamford Bridge dan menghadapi Chelsea pada pusingan keempat Piala FA 2020/2021 pada 23 Januari.

Baca yang lain