Dortmund Beri Tarikh Akhir Untuk United Muktamad Perjanjian €120 Juta

Manchester United terus memburu pemain kebangsaan England, Jadon Sancho untuk menguatkan lagi barisan serangan mereka.

Borussia Dortmund sidang dapatkan keterbukaan mereka untuk menerima dugaan daripada Manchester United atau pasukan sekiranya mereka Jadon Sancho meminta mereka berbuat demikian.

Dortmund sebelum ini sudah berterus terang menyatakan bahawa mereka tidak terdesak untuk menjual pemain tersebut, namun jika Sancho mahu pergi maka mereka akan meminta harga yang selayaknya untuk bintang mereka itu.

Terbaru koresponden Simon Stones menyatakan bahawa Borussia Dortmund memberikan tarikh akhir/deadline kepada Man United bagi melengkapkan perpindahan tersebut.

Borussia meletakkan tarikh 10 Ogos ini sebagai tarikh muktamad untuk United. Kira kira seminggu sahaja lagi.

Sebagai tambahan, jendela perpindahan akan ditutup pada 5 Oktober.

Namun Borussia Dortmund menyatakan mana mana pasukan yang mahukan pemain mereka perlu melakukan bidaan rasmi sebelum 10 Ogos.

Ini kerana Borussia tidak mahu latihan pra musim mereka diganggu oleh perpindahan pemain. Mereka mahu memastikan pemain yang kekal di dalam pasukan akan fokus kepada pra musim.

Isu bayaran menjadi subjek utama kepada perpindahan ini.

Borussia Dortmund berkeras mahukan €120 juta untuk pemain tersebut.

Jika benda ni direalisasikan maka Jadon Sancho akan menjadi pemain termahal sepanjang zaman di United.

Semalam BILD melaporkan Man United mahu membayar €70 juta bayaran pendahuluan untuk pemain tersebut.

Dan baki €50 juta akan diselesaikan dalam dua kali bayaran seterusnya.

Telegraph melaporkan bahawa Jadon Sancho boleh dikira hampir pasti menyertai Man United. Dan bakal rasmi diumumkan pada hujung minggu ini.

Jadon Sancho menjadi rebutan banyak pasukan termasuk bekas kelab lamanya, Man City.

Namun impak ekonomi yang melanda membuatkan banyak pasukan menarik diri.

Dan hanya United dilihat mampu membayar yuran tesebut dengan potensi gaji yang sangat tinggi.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan