Dortmund Kempunan Kejuaraan Di Hadapan Penyokong Sendiri Pada Hari Terakhir Bundesliga

Borussia Dortmund ada satu tugasan sahaja pada aksi terakhir Bundesliga iaitu menang! Dan habuannya mereka akan menjadi juara mutlak.

Keadaan seakan akan memihak mereka. Bayern melepaskan kedudukan teratas pada perlawanan sebelum ini.

Bayern beraksi di tempat lawan pada perlawanan terakhir, manakala Dortmund pula beraksi di Signal Iduna Park.

Dortmund berhadapan dengan Mainz pada hari penyokong mereka sudah sedia meraikan kejuaraan Bundesliga.

Malangnya,segalanya serba tak kena.

Mereka ketinggalan seawal minit ke-15 menerusi gol Andreas Hanche Olsen yang meletakkan Mainz di hadapan.

3 minit kemudian mereka terlepas peluang menyamakan kedudukan apabila Sebastian Haller gagal menyempurnakan penalti.

Mereka kemudian dinafikan penalti kedua beberapa minit kemudian.

Bayern Munich sedang mendahului lawan mereak Koln.

Pada minit ke-24, Karim Onisiwo meletakkan Mainz 2 gol di hadapan.

Dortmund cuba bangkit pada separuh masa kedua. Mereka berjaya merapatkan jurang gol menerusi Raphael Guerrero.

Mainz mencipta beberapa peluang lagi namun gagal disudahkan terutama sekali menerusi Onisiwo.

Haller melibas bola masuk namun dibatalkan kerana ofsaid.

Marco Reus turut terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan apabila tandukan jarak dekatnya agak tinggi.

Dortmund mendapat harapan sekali lagi apabila Bayern diikat oleh Koln pada minit ke-82.

Namun Jamal Musiala memastikan Bayern berjaya menjuarai Bundesliga ke-11 berturut turut.

Dortmund menyamakan kedudukan menerusi lewat permainan menerusi pemain pertahanan Niklas Sule.

Namun ia terlalu lambat untuk Dortmund dalam usaha mereka mendapatkan gol kemenangan.

Tamat perlawanan, Borussia Dortmund 2 Mainz 2.

Bayern memenangi kejuaraan dengan perbezaan jaringan lebih baik.

Baca yang lain