Drogba: “Terima Kasih, Saya Berjanji Akan Berjuang Untuk Kamu Jose Mourinho”

Jose Mourinho dan Didier Drogba merupakan dua gandingan yang dianggap legenda dalam sejarah Chelsea dan bola sepak di Eropah.

Jose Mourinho pernah mendedahkan di mana sebenarnya beliau sudah lama meminati gaya permainan Drogba, sejak dia menjadi pengurus Porto lagi, dan ketika itu Drogba bermain untuk Marseille.

Namun kekangan kewangan menjadi sebab kenapa Mourinho melupakan sahaja untuk mendapatkan Drogba.

Pertemuan pertama Mourinho dengan Drogba adalah pada Oktober 2003, ketika aksi UCL antara Porto dan Marseille.

“Didier Drogba hadir dalam hidup saya pada minit kelima aksi UCL di Marseille di Velodrome,” kata The Special One.

“Saya tak senang duduk melihat ‘gergasi’ dengan jersi no.11 itu menjaringkan gol. Dia meraikan gol itu ibarat gol itu gol terakhirnya dan penyokong dalam stadium bersorak bagai nak gila. Sorakan bising itu membuatkan telinga pekak.”

“Pada separuh masa, saya bertemu dengan dia di terowong dan saya berkata kepadanya: ‘Hey, saya tiada duit nak beli kamu, tapi kamu ada tak sepupu yang boleh bermain bola seperti kamu di Ivory Coast?’ – Masa tu Drogba tergelak dan memeluk saya, ‘tak apa, suatu hari nanti kamu akan berada di kelab yang mampu membeli saya’.”

Drogba ketika itu sudah melihat potensi Mourinho sebagai pengurus yang luar biasa. Pengurus muda Portugal itu benar benar menjadi perhatian media kerana beberapa keputusan luar biasa dicapainya dalam UCL.

Enam bulan kemudian, Mourinho benar benar mendapat tawaran daripada kelab kaya iaitu Chelsea yang baharu sahaja dimiliki Roman Abramovich.

Abramovich memulakan revolusi biru pada ketika itu dan mereka melantik pengurus yang membawa Porto menjuarai UCL, Mourinho sebagai pengurus baharu.

“Enam bulan kemudian, saya menyertai Chelsea, saya akhirnya ‘dijodohkan’ dengan kelab yang sangat berkuasa dan semua pihak mahu berunding dengan mereka. Semua orang mahu dikaitkan dengan Chelsea – dan mahu bermain untuk Chelsea.”

“Saya ada beberapa pilihan ketika tiba. Namun saya berkata kepada mereka [pengurusan tertinggi], saya mahukan Didier Drogba.”

“Keraguan dan persoalan menyelubungi beberapa pihak pada masa itu. Mereka bertanya, kenapa tak nak yang ini, kenapa tak nak yang itu? Kamu yakin pemain ini boleh beradaptasi segera? Dia ni sapa? Benar benar bangus ke?’ Tanya mereka kepada saya.”

“Saya tegaskan sekali lagi kepada mereka; ‘Saya mahukan Didier Drogba’.”

Mourinho kemudian mengatur pertemuan dengan Drogba. Beliau menjelaskan bahawa pertemuan itu, tidak sesekali Drogba berbincang soal gaji atau wang. Sebaliknya dia hanya datang dan memeluk Mourinho tanda terima kasih.

Kerana Mourinho benar benar mahukannya kalau ada duit untuk membelinya. Impian ke EPL adalah impian semua pemain dari Afrika sepertinya. Yang boleh membantu mereka mengubah hidup mereka dengan peluang yang ada.

“Selepas beberapa hari, saya berjumpa sendiri dengan Didier Drogba di lapangan terbang persendirian di London. Sekali lagi dia memeluk saya, namun kali ini dengan cara yang tak akan dilupakan; pelukan itu adalah pelukan penuh rasa kesyukuran, dan ibara dia sedang memeluk seseorang yang sangat dekat dan bermakna untuknya. Ia tak dapat dijelaskan.”

“Drogba kemudian memberitahu saya: ‘Terima kasih, dan saya berjanji akan berjuang demi kamu. Kamu tak akan sesekali menyesali [keputusan ini]. Saya akan setia berjuang bersama kamu selama lamanya.”

“Dan hanya begitu sahaja ianya [rundingan] dimuktamadkan.”

Drogba benar benar menjadi legenda di Chelsea. Menjadi penyerang no.9 terbaik dalam sejarah The Blues pada era moden.

Drogba sendiri pernah mengimbas kembali detik di mana ramai di dalam pengurusan Chelsea ketika itu tidak yakin dengannya. Kerana dia bukan penyerang bintang berbanding dengan senarai lain dalam kehendak mereka.

Drogba menegaskan bahawa Mourinho hanya menjawab: “Kamu nilai dia ketika dia meninggalkan kelab ini suatu hari nanti.”

Malah pada 2014, Mourinho menandatangani semula Drogba ketika Mourinho dilantik semula menjadi pengurus Chelsea.

Secara keseluruhan, Drogba bermain 381 perlawanan untuk The Blues dan mencetak 164 gol. Memenangi EPL dan UCL bersama dengan Chelsea. Menjadikan dia salah seorang pemain pelengkap kepada generasi emas Mourinho bersama sama dengan nama seperti John Terry, Frank Lampard dan Petr Cech.

Mourinho menambah: “Kesetiannya ditonjolkannya menerusi kepimpinannya dan dia sentiasa berjaya menonjolkan dirinya ketika pasukan berdepan detik sukar.”

“Momen di mana kamu memerlukan seorang pemimpin dan rakan sepasukan dalam padang, ketika itulah Drogba sentiasa ada. Drogba adalah insan yang saya kenal dan saya percaya kepadanya, tidak kira di mana atau tak kira bila saya memerlukannya.”

“Apabila pasukan dalam tekanan, dia akan membantu rakan rakannya bertahan. Ketika dia sedang kesakitan, dia akan menahan kesakitan itu dan memaksa dirinya untuk terus berjuang, dan sudah tentunya, dia melakukan apa yang dia pakar iaitu menjaringkan gol.”

“Gol yang memberikannya piala dan anugerah, namun apa yang terus kekal bersama saya adalah cerita cerita yang sangat banyak kami kongsikan bersama.”

Baca yang lain